The MALINDO DEFENCE Daily

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Nizar Perak: Hasrat Paria Komunis Tak Tercapai, RAJA BERPELEMBAGAAN Pula Dipertikaikan






by pisau.net


Terlebih dahulu Pisau ucapkan tahniah kepada Dr Zambry atas keputusan makhamah yang jelas memberikan keputusan yang tepat .

Apabila selesainya keputusan makhamah diumumkan,Nizar Komunis yang kita tahu seorang penderhaka pasti akan mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan langsung tidak menghormati makhamah dan Sultan Perak.

Nizar berasakan beliau dan kuncu kuncu komunisnya saja yang betul,mereka terlebih dahulu mengwarwarkan kepada penyokong penyokong mereka akan beroleh kemenangan 4-1.Malah sejak dari awal awal lagi Nizar Komunis turut mengugut jika kerajaan Perak tidak jatuh ketangan pakatan haprak,Sultan akan ditentang oleh rakyat. Hoi bahlul,rakyat mana yang nak tentang Sultan Perak?apa yang Pisau nampak hanya Nizar dan balaci komunis Siva,Ngeh & Nga saja yang sanggup menderhaka kepada sultan.

Nizar dengan gaya kurang ajar persis komunis dengan angkuh menyatakan kononnya sudah tiada demokrasi, keadilan hanya terbukti jika menyebelahi mereka,malah cara beliau mengeluarkan kenyataan jelas mereka ini lebih rela tidak bersultan,bangsat seperti Nizar harus diajar,cuba anda perhatikan dalam situasi ini,dimana chauvanist gampang DAP? mereka langsung tidak bersuara,mereka hanya menghantar seekor lembu berupa Nizar Komunis untuk menjalankan tugas untuk menghasut dan menderhaka kepada Sultan Perak.

Kenyataan bangsat Nizar jelas menghina raja berpelembagaan
"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini hari ini.


Dahulunya DAP turut sama menghantar lembu lembu PAS untuk baring diatas jalan,kemudian DAP turut mengunakan bapak lembu iaitu Nizar komunis untuk menghuru-harakan negeri Perak.Persis bangsat, inilah dia manusia yang terlalu laparkan kuasa,hingga sanggup dijadikan habuan tunggangan oleh chauvanist sosialis DAP.

Suara suara kearah menolak sistem beraja jelas dilaungkan oleh aparat aparat celaka ini,sudah terang lagi bersuluh,selingkohan haram PAS dan DAP menghasilkan benih benih sosialis dan komunis yang bersarang didalam hati juak juak haprak PAS.

Cina komunis DAP cukup mahir dalam memainkan peranan,ada anda dengar kenyataan mana mana pemimpin DAP Perak mempertikaikan Sultan? Ada mereka sanggup berdemo didepan Istana?Adakah mereka turut sama tidor atas jalan sepertimana lembu PAS? Satu pun tidak, Paria seperti Nizar lah yang digunakan oleh DAP bagaikan diremote control untuk melakukan kerja kerja ini,hanya melayu digunakkan untuk menderhaka kepada raja melayu,hanya melayu yang digunakan untuk mempertikaikan sistem raja melayu berpelembagaan,begitulah bijaknya DAP mempergunakan paria seperti Nizar dan PAS Perak yang sedia bodoh lagi bangsat.



Pisau kata " Nizar Komunis makin mengila dan meroyan bagaikan lembu hilang anak .Cakap dah mula pakai kepala lutut"


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

Arifin: Nizar bebas kemuka undi tak percaya terhadap Zambry


TERKINI
PUTRAJAYA, Feb 9 — Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir Perak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang sah.
Dalam penghakimannya, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah telah melaksanakan hak diraja baginda dengan menitahkan Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar setelah baginda mendapat kepastian bahawa penentang Zambry, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat, telah hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan negeri.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu, berkata tidak terdapat sebarang peruntukan dalam Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang mensyaratkan bahawa undi tidak percaya terhadap menteri besar Perak hanya boleh dibuat melalui pengundian dalam dewan undangan negeri.
“Bukti tentang kehilangan kepercayaan terhadap menteri besar boleh diambil daripada sumber lain yang ada. Kami berpendapat, sumber ini, termasuk pengakuan menteri besar itu sendiri dan/atau representasi yang dibuat anggota dewan undangan negeri bahawa menteri besar berkenaan tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan,” kata beliau.
Penghakiman bertulis dikeluarkan beberapa jam selepas keputusan diumumkan beliau.
Arifin berkata dalam kes kini, Mahkamah Rayuan berpendapat terdapat bukti tentang pengakuan itu oleh Nizar sendiri dan satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan ialah sokongan yang dipamerkan oleh 31 anggota dewan undangan negeri kepada BN, yang memberi majoriti jelas kepada parti gabungan itu di dalam dewan.
“Semua ini dengan jelas menunjukkan bahawa majoriti anggota dewan undangan negeri telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohammad Nizar sebagai menteri besar,” katanya.
Dalam penghakiman setebal 41 muka surat itu, Arifin berkata, oleh yang demikian, adalah wajib bagi Nizar mengemukakan surat pengunduran diri daripada dewan eksekutif, sebaik saja mereka hilang kepercayaan daripada dewan.
“Nizar tidak boleh terus mentadbir setelah hilang sokongan majoriti dan membenarkan beliau berbuat demikian adalah bercanggah dengan prinsip asas demokrasi,” kata beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukanlah penghujung jalan bagi perkara berkenaan kerana Nizar bebas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Zambry di dalam dewan undangan negeri atau mengemukakan representasi kepada Sultan Azlan Shah pada bila-bila masa sekiranya beliau berpendapat Zambry tidak mendapat sokongan daripada majoriti anggota dewan undangan negeri.
Beliau juga berkata keengganan Mohammad Nizar untuk berundur setelah dititahkan berbuat demikian oleh sultan, dengan jelas melanggar peruntukan Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Tiga hakim lain ialah hakim-hakim mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinu¬din, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Ketika membuat tafsiran tentang Perkara 16 (6), Arifin berkata: “Bukanlah menjadi hasrat penggubal Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa, dalam keadaan demikian, terserahlah kepada perayu (Nizar) sama ada hendak melepaskan jawatan atau untuk terus menjadi menteri besar.
Perkara 16 (6) menyebut: “Sekiranya menteri besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti anggota dewan undangan negeri, maka, melainkan atas permintaannya, Duli Yang Maha Mulia Sultan membubarkan dewan undangan negeri, maka beliau perlu mengemukakan peletakan jawatan keseluruhan anggota majlis eksekutif”.
Arifin berkata perkataan “shall” (dalam Perkara 16 (6)) perlu dilihat sebagai sesuatu yang perlu dilakukan secara mandatori kerana jika tidak, ia akan membawa kepada keadaan politik yang tidak menentu di negeri berkenaan.
Konflik siapakah menteri besar Perak yang sah timbul tahun lepas apabila tiga anggota dewan undangan negeri daripada perikatan DAP-PKR-PAS meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota Bebas yang menyokong BN, manakala seorang lagi keluar semula daripada PKR untuk menyertai Umno, lalu menyebabkan BN dan Pembangkang masing-masing mempunyai 28 anggota dalam dewan yang mempunyai 59 kerusi itu.
Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Jan dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota dewan undangan negeri daripada DAP Hee Yit Foong (Jelapang) mengikut langkah mereka empat hari kemudian.
Nizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, dilantik sebagai menteri besar apabila perikatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun, kerajaan pakatan itu tumbang pada 2 Feb tahun lepas apabila Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar supaya berundur setelah baginda mendapat kepastian bahawa BN mempunyai majoriti di dewan undangan negeri itu selepas menemuramah 31 anggota dewan berkenaan.
Sultan Azlan kemudian melantik Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Nizar.
Nizar memulakan prosiding undang-undang pada 13 Feb tahun lepas bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah dan satu perintah mahkamah bagi menghalang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai menteri besar.
Nizar kembali menjadi menteri besar selepas beliau memenangi kes itu di Mahkamah Tinggi tahun lepas, yang  memutuskan bahawa BN telah gagal mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau di dewan undangan negeri, walaupun parti gabungan itu mempunyai jumlah anggota majoriti.
Bagaimanapun, keadaan kembali kepada status quo apabila Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu pada 12 Mei dan mengisytiharkan pelantikan Zambry sebagi menteri besar Perak dibuat mengikut perlembagaan.
Dalam penghakiman hari ini, Arifin berkata Mahkamah Rayuan bertindak betul apabila memutuskan bahawa permohonan Nizar untuk membubarkan dewan undangan negeri itu dibuat mengikut Perkara 16 (6) atas alasan beliau telah hilang kepercayaan daripada majoriti anggota dewan dan bukan mengikut Perkara 32 (2),seperti yang didakwa oleh Nizar bagi mengelak kemungkinan timbulnya keadaan buntu di dewan berkenaan.
“Dalam kes ini, hakim perbicaraan gagal menilai secara betul bukti yang ada di hadapan beliau. Kegagalan ini mewajarkan campur tangan rayuan, seperti yang dibuat dengan sewajarnya oleh Mahkamah Rayuan dalam kes ini,” kata Arifin.
Arifin berkata keputusan sama ada dewan undangan negeri patut dibubarkan atau sebaliknya, secara mutlak terletak atas budi bicara sultan dan baginda tidak bertindak atas nasihat majlis eksekutif mengenai pembubarannya.
Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.
Bagaimanapun, setelah penghakiman itu diumumkan, dalam komennya, peguam yang mewakili beliau Datuk Cecil Abraham, berkata penghakiman hari ini terpakai bagi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain.
Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata penghakiman itu amat jelas dan dibuat berdasarkan alasan kukuh.
Pengumuman penghakiman yang bermula pada pukul 10.10 itu mengambil masa kira-kira sejam untuk selesai disampaikan.
Zambry diwakili peguam Abraham dan Sunil Abraham, manakala sekumpulan 11 peguam, yang diketuai Sulaiman Abdullah, mewakili Nizar.
Pencelah diwakili timbalan pendakwa raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan peguam kanan persekutuan Datuk Kamaludin Md. Said, Datin Azizah Nawawi, Amarjeet Singh, Suzana Atan dan Andi Razali Jaya A. Dadi.
Cheng Poh Heng bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak Persatuan Peguam Malaysia, manakala sekumpulan peguam yang diketuai Datuk Hafarizam Harun, bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak BN.

* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

Tuesday, February 9, 2010

MAHKAMAH SUDAH MEMUTUSKAN! BN MENANG 5-0 di PERAK !










* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

Zambry is the lawful MB, Federal Court agrees




E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
(The Malaysian Insider) - The Federal Court today found that the Court of Appeal was justified to reverse the High Court decision declaring Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin the rightful mentri besar of Perak.
This effectively means Pakatan Rakyat has lost in their appeal to reinstate Nizar as Perak MB.
The five-man panel of judges comprised Court of Appeal president Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Chief Judge of Malaya Tan Sri Arifin Zakaria and Justices Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff, and Datuk Abdull Hamid Embong.
The judgement is still being read out in court.
Nizar, 53, had challenged Zambry's appointment and won at the High Court, which noted that there was a loophole in the Perak Constitution to allow for another to be sworn in as mentri besar (MB) when the incumbent had not resigned.
In his decision on May 9 last year, High Court judge Abdul Aziz Rahim ruled that the Sultan was not constitutionally empowered to sack the MB, and that Nizar had always been the lawful head of the state government.
The judge added that the only way for the MB to be dismissed when he refused to resign was through a vote of no-confidence by his peers inside the state legislative assembly.
But the decision was overturned by the Court of Appeal later that month. The appeals court said the High Court judge's reading of the law was wrong and the latter had confused the issue of how the MB had lost the majority confidence with whether the ruler had the power to dismiss the head of government.
Nizar who is the PAS assemblyman for Pasir Panjang was chosen to head the state executive council (exco) after his Islamist party won the groundbreaking March 2008 general elections and formed an alliance with two other federal opposition groups, the secular DAP and popular pro-reform party PKR.
He was ousted 11 months later when four Pakatan Rakyat (PR) assemblymen left the fledgling alliance to swear loyalty to BN.
Bota assemblyman Datuk Nasharuddin Hashim who had earlier crossed from Umno to PKR, rejoined his old party. The assemblymen for Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; Changkat Jering Osman Jailu; and Jelapang, Hee Yit Foong declared themselves as Independents friendly to the BN.
Their defections meant PR only had the support of 28 representatives in the 59-seat state assembly while the BN had 28 members plus the support of the three Independents.
The Election Commission refused to accept the three resignation letters forwarded by the pro-PR state assembly speaker which would have barred the votes of Jamaluddin, Osman and Hee from being counted.
Nizar was granted an audience with the Sultan of Perak but failed to convince the ruler to dissolve the assembly and pave the way for state-wide elections, ending what he saw as a political impasse.
Instead, the Perak sultan ordered him to resign and subsequently appointed Zambry as Nizar's replacement.


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

MB Zambry Kadir Retain... BN won in Perak

BN won 5-0..... appeal for DS Nizar dismissed


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

GANAS! NGA OLDTOWN KOPITIAM UGUT UNTUK BUAT KECOH KALAU NIZAR KALAH ESOK!


by Parpukari

Ini satu berita baru aku terima pasal kes Perak esok di mahkamah! Pemilik Oldtown Kopitiam si Nga Kor Ming yang juga merupakan dua pupu kepada Nizar haramjadah kata esok kalau BN menang keputusan mahkamah maka dia dan konco-konco komunis dia akan buta kecoh di Perak! Baca di bawah ini:


DALAM akhbar Nanyang pada 29 Januari, Nga Kor Ming dengan sombong mengugut untuk menghuru-harakan sidang dewan undangan negeri yang akan datang jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok menyebelahi Barisan Nasional.

Beliau dilaporkan berkata jika BN menang dan Dr Zambry tidak membubarkan DUN, sidang DUN akan lebih teruk dari yang lepas.

Ada dua perkara yang perlu diingat. Pertama Nga bertindak membelakangkan undang-undang dan mengugut akan melakukan kekecohan jika kehendaknya tidak diikuti. Dia bertindak ala pengganas KOMUNIS di era darurat.

Kedua beliau tidak menghormati sistem perundangan negara dan mencabar kedaulatan undang-undang. Beliau mahu bertindak bersultan di mata dan beraja di hati. Tidakkah dia tahu keputusan untuk membubarkan DUN terletak di tangan DYMM Sultan Perak?

Atau adakah dia sengaja mencabar kuasa dan kedaulatan raja serta institusi kesultanan Melayu. Dah perangai macam ini pun, Nizar Jamaludin masih taksub lagi pada Nga dan konco-konconya dalam DAP! Petikan dari Merentas Gelombang

Ada sedikit pesanan yang aku terima dari sahabat aku di Perak, katanya:

"Di Perak, kuasa untuk menentukan Ketua Kerajaan akan ditentukan oleh Mahkamah dan bukannya Ketua Negeri iaitu Sultan atau pun Raja Melayu. Kalau Niz berjaya besok maknanya, kaum bukan Melayu pun boleh jadi Ketua Kerajaan. Apa susah, pergi mahkamah je..? Biar mahkamah yg tentukan mcm kes kalimah ALLAH..! Jadilah mcm Singapore. Inilah sikap Melayu jahil, Melayu lain yg jadi mangsa...! Melayu oh Melayu.."

Kepada Menteri Amaran, ingin aku ingatkan sekali lagi, takkan nak biar je si Nga Oldtown Kopitiam ni sound macam tu je? Ini dah kira kes ugut dah ni, takkan nak tengok je kot Abe Hisham?

Update terbaru aku terima ialah sekiranya pagi ini NizarKKK serta sedara mara dia kalah dalam mahkamah rayuan maka mereka akan pergi bawa kes ini ke mahkamah antarabangsa Geneva pulak dah! Adeh memang dasar komunis kan? Nak baca lebih lanjut klik kat sini...


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

Monday, February 8, 2010

Setahun sudah berlalu, Perak masih tak menentu


by Amin Iskandar

FEB 8 — Buat pertama kalinya istilah “Adun Bebas Menyokong Barisan Nasional” diperkenalkan didalam kamus politik Malaysia. Selain daripada itu, krisis politik di Perak juga telah menyebabkan nama Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi sebutan.

Bagi penyokong Pakatan, Nizar dilihat sebagai wira kerana keberaniannya untuk mempertahankan hak rakyat negeri Perak untuk menentukan kepimpinan negeri. Dalam masa yang singkat, Nizar Jamaluddin yang sebelum ini tidak begitu dikenali diangkat menjadi tokoh yang diletakkan sebaris dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nizar juga popular dikalangan penyokong BN dan sering menjadi sebutan dalam penulisan blog penyokong-penyokong BN cuma bezanya dikalangan penyokong BN beliau dikutuk. Nizar dikatakan dikawal oleh pemimpin DAP Perak seperti Ngar Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham.
Krisis di negeri Perak telah menyebabkan ramai pihak terpaksa membuat pendirian bagi memastikan Perlembagaan Negara dihormati. Keputusan menyokong agar DUN Perak dibubarkan agar pilihanraya negeri dijalankan bagi memberikan peluang kepada rakyat di negeri Perak untuk memilih kepimpinan negeri tersebut melangkaui parti politik.

Ahli Parlimen BN bagi kerusi Gua Musang merangkap bekas Menteri Kewangan secara terbuka meminta agar krisis politik di negeri Perak diselesaikan melalui pembubaran DUN.

“I stated at the beginning of this crisis that by our Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means, which is to say, through the ballot box or through a formal vote of confidence in the elected Legislative Assembly. These are the constitutionally mandated means by which the people decide on their government. Any other means of changing the government is unconstitutional and undemocratic, and subverts the basis upon which we are a civilised society”. (Petikan dari artikel yang bertajuk “What is at Stake in the Perak Crisis” dari www.razaleigh.com yang disiarkan pada 12 Mei 2009)

Pada 9 Febuari 2010 ini Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan ini telah lama ditunggu oleh penyokong kedua-dua BN dan Pakatan.

Sebelum ini, pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Pada 12 Mei 2009, belumpun cukup 24 jam keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Nizar sebagai MB Perak yang sah, Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan berikut. Maka Zambry Kadir pun menjadi MB Perak semula sementara menunggu keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman turut menyokong agar DUN Perak dibubarkan dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri agar kuasa dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan siapa yang seharusnya menjadi pemimpin mereka.

Menurut Abu Talib Othman yang juga bekas Peguam Negara didalam sebuah kenyataan yang diedarkan kepada media pada 12 Mei 2009, artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan.(Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government.)

Antara hujah yang digunakan oleh pihak BN untuk mempertahankan rampasan kuasa di Perak ialah Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang memulakan permainan tersebut dengan “Projek 16 Septembernya”.
Akan tetapi, bukankah BN begitu membenci Anwar Ibrahim? Jika benci mengapa diikut apa yang cuba dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu?

Bayangkanlah jika “Projek 16 September” Anwar Ibrahim berjaya, apakah BN boleh menerima keputusan kerajaan mereka tumbang akibat daripada “lompatan” dan bukan pilihanraya? Saya percaya BN dan penyokong tidak boleh menerimanya.  Dalam sebuah survey yang dilakukan oleh Merdeka Center baru-baru ini, 74 peratus mengatakan bahawa mereka mahukan DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula.

Ini menunjukkan bahawa walaupun setahun telah berlalu, rakyat masih belum melupakan peristiwa rampasan kuasa di negeri Perak tersebut. Rakyat mahukan agar kuasa untuk memilih kepimpinan negeri dikembalikan kepada mereka.  Setakat ini, Nizar Jamaluddin dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk membunarkan DUN jika disahkan sebagai MB Perak oleh mahkamah.

Komitmen masih belum ada lagi dari pihak Dr. Zambry Kadir. Zambry tentu hidup dalam keadaan tidak tenang apabila sering dipanggil dengan panggilan “MB Haram”. Sudah tentu Zambry lebih senang hati jika beliau menjadi MB dengan jalan yang dipilih oleh rakyat dan bukannya melalui pintu belakang.

Jika diadakan pilihanraya, masih belum pasti lagi siapa yang akan menang. Kedua-dua Nizar dan Zambry mempunyai peluang.  Dr. Zambry Kadir baru-baru ini mengumumkan bahawa melalui “kajian” yang dilakukan oleh pihaknya, kerajaan pimpinannya menjadi semakin popular. Berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa rakyat Perak semakin menerima kerajaan kepimpinannya, maka wajarlah Zambry membubarkan DUN untuk membuktikan kebenaran kajian tersebut.  Jika Zambry melakukan perkara ini, secara tidak langsung beliau akan dilihat menjayakan kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan kepimpinannya yang berbunyi, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Jika rakyat didahulukan, serahkanlah kembali kuasa mereka untuk memilih. Jika DUN tidak dibubarkan, Perak akan terus berada dalam keadaan tidak menentu. Lebih parah lagi jika rakyat hilang keyakinan terhadap perlembagaan dan demokrasi sepertimana yang dialami oleh Ferdinand Marcos, bekas diktator Filipina. Sebab itu Marcos akhirnya dijatuhkan melalui “People Power”.  Selain daripada itu, Zambry akan dikenang sebagai pemimpin yang sayangkan negeri Perak oleh kerana Pilihanraya Negeri akan memberikan “economic Stimulus Package” kepada negeri-negeri tersebut. Ini sangat diperlukan pada ketika ini dikala ekonomi negara bergerak dalam keadaan yang lembab.  Pilihanraya akan membantu ekonomi penduduk tempatan secara langsung. Hotel-hotel penuh. Rumah tumpangan penuh. Begitu juga dengan rumah-rumah sewa. Tidak lupa juga dengan kedai-kedai makan. Semuanya akan mengaut keuntungan besar di musim pilihanraya.Bayangkanlah, jika di hari biasa “Nasi Ganja” di Jalan Yong Kalsum di Ipoh boleh dijual sebanyak 1000 pinggan, berapa banyakkah yang akan terjual pada musim pilihanraya negeri?




* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

Saturday, February 6, 2010

MAKLUMAT PENTING PILIHANRAYA NEGERI PERAK


5 02 2010

KEDUDUKAN KERUSI BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT PERAK

Barisan Nasional 28 | Parti Tindakan Demokratik 17 | Parti KeADILan Rakyat 5 | Parti Islam Se-Malaysia 6 | BEBAS 3
No. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Pengkalan Hulu Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali Barisan Nasional BN
N2 Temengor Hasbullah Osman Barisan Nasional BN
N3 Kenering Mohd Tarmizi Idris Barisan Nasional BN
N4 Kota Tampan Saarani Mohamad Barisan Nasional BN
N5 Selama Mohamad Daud Mohd Yusoff Barisan Nasional BN
N6 Kubu Gajah Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar Barisan Nasional BN
N7 Batu Kurau Mohd Najmuddin Elias Barisan Nasional BN
N8 Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah Parti Islam Se-Malaysia PAS
N9 Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri Parti KeADILan Rakyat PKR
N10 Alor Pongsu Sham Mat Sahat Barisan Nasional BN
N11 Gunong Semanggol Ramli Tusin Parti Islam Se-Malaysia PAS
N12 Selinsing Husin Din Parti Islam Se-Malaysia PAS
N13 Kuala Sapetang Tai Sing Ng Parti KeADILan Rakyat PKR
N14 Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu Bebasl BEBAS
N15 Trong Rosli Husin Barisan Nasional BN
N16 Kamunting Mohammad Zahir Abdul Khalid Barisan Nasional BN
N17 Pokok Assam Yee Seu Kai Parti Tindakan Demokratik DAP
N18 Aulong Yew Tian Hoe Parti Tindakan Demokratik DAP
N19 Chenderoh Siti Salmah Mat Jusak Barisan Nasional BN
N20 Lubok Merbau Mohd Zainudin Mohd Yusof Parti Islam Se-Malaysia PAS
N21 Lintang Ahamad Pakeh Adam Barisan Nasional BN
N22 Jalong Leong Mee Meng Parti Tindakan Demokratik DAP
N23 Manjoi Nadzri Ismail Barisan Nasional BN
N24 Hulu Kinta Rusnah Kassim Barisan Nasional BN
N25 Canning Wong Kah Woh Parti Tindakan Demokratik DAP
N26 Tebing Tinggi Ong Boon Piow Parti Tindakan Demokratik DAP
N27 Pasir Pinji Su Keong Siong Parti Tindakan Demokratik DAP
N28 Bercham Sum Cheok Leng Parti Tindakan Demokratik DAP
N29 Kepayang Loke Chee Yan Parti Tindakan Demokratik DAP
N30 Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan Parti Tindakan Demokratik DAP
N31 Jelapang Hee Yit Foong Bebas BEBAS
N32 Menglembu Lim Pek Har Parti Tindakan Demokratik DAP
N33 Tronoh Sivakumar Varatharaju Naidu Parti Tindakan Demokratik DAP
N34 Bukit Chandan Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad Barisan Nasional BN
N35 Manong Ramly Zahari Barisan Nasional BN
N36 Pengkalan Baharu Hamdi Abu Bakar Barisan Nasional BN
N37 Pantai Remis Nga Kor Ming Parti Tindakan Demokratik DAP
N38 Belanja Mohd Zaim Abu Hasan Barisan Nasional BN
N39 Bota Nasarudin Hashim Barisan Nasional BN
N40 Malim Nawar Keshvinder Singh Kashmir Singh Parti Tindakan Demokratik DAP
N41 Keranji Chen Fook Chye Parti Tindakan Demokratik DAP
N42 Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohammed Radzi Barisan Nasional BN
N43 Sungai Rapat Hamidah Osman Barisan Nasional BN
N44 Simpang Pulai Chan Ming Kai Parti KeADILan Rakyat PKR
N45 Teja Chang Lih Kang Parti KeADILan Rakyat PKR
N46 Chenderiang Mah Hang Soon Barisan Nasional BN
N47 Ayer Kuning Samsudin Abu Hasan Barisan Nasional BN
N48 Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin Barisan Nasional BN
N49 Kampong Gajah Wan Norashikin Wan Noordin Barisan Nasional BN
N50 Sitiawan Ngeh Koo Ham Parti Tindakan Demokratik DAP
N51 Pasir Panjang Mohammad Nizar Jamaluddin Parti Islam Se-Malaysia PAS
N52 Pangkor Zambry Abdul Kadir Barisan Nasional BN
N53 Rungkup Sha’arani Mohamad Barisan Nasional BN
N54 Hutan Melintang Kesavan Subramaniam Parti KeADILan Rakyat PKR
N55 Pasir Bedamar Seah Leong Peng Parti Tindakan Demokratik DAP
N56 Changkat Jong Mohd Anuar Sudin Parti Islam Se-Malaysia PAS
N57 Sungkai Sivanesan Achalingam Parti Tindakan Demokratik DAP
N58 Slim Mohd Khusairi Abdul Talib Barisan Nasional BN
N59 Behrang Jamaluddin Mohd Radzi Bebas BEBAS

KAWASAN BARISAN NASIONAL MENANG TIPIS (BAWAH 1000 UNDI)

NO. DUN MAJORITI Mewakili Parti
1 Selama 355 undi BN
2 Kubu gajah 66 undi BN
3 Alor Pongsu 95 undi BN
4 Trong 916 undi BN
5 Kamunting 555 undi BN
6 Manjoi 348 undi BN
7 Manong 749 undi BN
8 Pengkalan Baharu 14 undi BN
9 Sungai Rapat 636 undi BN
10 Rungkup 454 undi BN

 KAWASAN PAKATAN RAKYAT MENANG TIPIS (BAWAH 1000 UNDI)

NO. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
1 Kuala Kurau 467 undi PKR
2 Selinsing 547 undi PAS
3 Kuala Sepetang 564 undi PKR
4 Pokok Asam 865 undi DAP
5 Lubuk Merbau 72 undi PAS
6 Kepayang 490 undi DAP
7 Teja 175 undi PKR
8 Changkat Jong 899 undi PAS



* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.
1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger