There was an error in this gadget

The MALINDO DEFENCE Daily

Tuesday, November 30, 2010

Khairy Jamaluddin selepas tsunami



November 30, 2010
NOV 30 — Khairy Jamaluddin suatu ketika boleh dikatakan antara orang yang paling dibenci dan dimusuhi dalam arena politik Malaysia. Dilihat sebagai anak menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia ke 5, Khairy menjadi sasaran utama pihak pembangkang yang mengambarkan bahawa dia merupakan individu yang mempengaruhi hampir kesemua keputusan kerajaan. Tidak cukup dengan itu Khairy juga mendapat tentangan sengit dari dalam Umno apabila persepsi umum ahli parti menganggap Khairy sebagai salah satu faktor utama kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang ke 12.
Penulis diminta oleh penyunting untuk menulis sebuah analisis tentang perubahan suasana politik semenjak berlakunya tsunami 2008. Namun kali ini, sedikit luar dari kebiasaan, saya ingin melihat kembali dan merencana perjalanan ahli politik muda yang sering mendapat perhatian. Setelah dipukul teruk oleh gelombang perubahan politik tanah air kemana telah dia tuju dan berada sekarang. Inilah kisah perjalanan saudara Khairy Jamaluddin selepas tsunami dari sudut pandangan penulis.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno
Ketika itu Pak Lah sudah mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatanya di dalam Umno. Ramai menjangkakan yang ini menandakan tamatnya perjalanan politik Khairy Jamaluddin yang dilihat bergantung kepada bapa mertuanya. Namun, luar dari jangkaan dia telah memenangi dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Keputusan pemilihan yang dianggap sebagai kontroversi sehingga Khairy Jamaluddin di herdik ketika namanya diumumkan dalam mesyuarat pehimpunan agung Umno sejurus selepas pemilihan sayap pemuda. Malah dilihat Khairy akan menghadapi masaalah memimpin sayap pemuda apabila jumlah undi yang diterimanya adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan perwakilan, bermakna majoriti pada ketika itu tidak menyokong beliau.
Berhadapan dengan masaalah percakaran dan perpecahan dalam Pemuda Umno setelah tamat pemilihan, Khairy juga terpaksa menghadapi soal persepsi umum apabila nama beliau tidak disenaraikan dalam kabinet manakala timbalan beliau Razali Ibrahim dan saingan dalam pemilihan Mukhriz Mahathir dilantik menjadi timbalan menteri. Berhadapan dengan pelbagai halangan dan tentangan dari dalam dan luar parti, ramai yang mula mempersoalkan tentang masa depan politik Khairy dan juga Pemuda Umno sendiri.
Selangkah demi selangkah
Walaupun pada awalnya nampak seolah semuanya telah berakhir bagi graduan dari Oxford ini, namun sedikit demi sedikit persepsi dan pandangan terhadap beliau ini berubah. Titik permulaan perubahan adalah apabila Khairy Jamaluddin telah pergi berdepan dengan Naib Presiden PAS ketika itu, Datuk Husam Musa di Balai Islam Kota Baru. Dikelilingi dengan ribuan penyokong tegar PAS dan tajuk perdebatan yang langsung tidak menyebelahi Umno Khairy telah berjaya mematahkan banyak hujah Husam Musa dan memerangkap Husam dengan beberapa kenyataanya yang boleh dikatakan memakan diri. Malah ada yang beranggap bahawa antara faktor kegagalan Husam merebut jawatan timbalan presiden PAS adalah kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam perdebatan ini.
Penulis adalah ahli Pemuda Umno bahagian Gombak. Ketika waktu pemilihan jangan dikatakan undi malah cadangan pencalonan pun tidak ada seorang berani mencadangkan nama Khairy. Akan tetapi selang beberapa minggu selepas perdebatan di Kota Bahru dihebohkan, timbul kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin tempatan yang menyatakan,
“Ye lah, kalau nak diikutkan aku pun tak berapa nak suka dengan KJ, tapi kalau suruh aku pilihlah siapa nak pergi jumpa debat dengan pembangkang, antara Mukhriz, Khir Toyo dengan KJ, aku pilih KJ.”
Dari disitu penulis dapat melihat perubahan pandangan akar umbi sudah bermula, malah dengan mengambil pendekatan yang lebih merendah diri seperti terbang menaiki kelas ekonomi, atau sama-sama turun padang bermain bola bersama pemuda kampung, berani dan selalu berhadapan dengan perbincangan dan forum dilihat watak dari Menantu Pak Lah sudah mula terhakis dan Khairy sebagai seorang pemimpin sudah mula muncul. Penulis menganggap penglibatan Khairy dalam filem pendek “Teksi” untuk siri 15 Malaysia merupakan salah satu faktor yang memerikan kesan yang sangat ketara dalam perubahan persepsi terhadap beliau terutama di kalangan anak muda. Boleh dikatakan sebagai sesuatu yang baik apabila Khairy tidak dilantik sebagai seorang menteri kabinet kerana tumpuan yang lebih diberikan dalam memperkukuhkan kembali sokongan Pemuda terhadapa Umno dan BN.
Penyatuan Pemuda Umno
Selepas pemilihan umum diketahui Pemuda Umno berpecah kepada tiga, malah dari segi kepimpinan exco pemuda, tidak ada mana-mana satu kem sekalipun yang berjaya menguasai barisan kepimpinan. Pada awalnya perpecahan ini memang jelas ketara, apabila sesetengah exco dan ketua pemuda bahagian memboikot acara tertentu kerana ianya dianjurkan oleh orang-orang tertentu.
Namun Umno mempunyai budaya pragmatiknya sendiri. Sebagaimana gambar Anwar Ibrahim masih lagi tergantung di ibu pejabat Pemuda Umno sebagai mantan Ketua Pemuda, sebagai itulah semangat “pragmatism” Umno itu sendiri. Hakikatnya adalah umur Mukhriz dan Khir Toyo telah melepasi had untuk bertanding semula jawatan Ketua Pemuda Umno dalam penggal berikutnya, atau dilihat sebagai tidak lagi sesuai oleh itu tidak timbul soal untuk kumpulan tertentu untuk mencabar kedudukan semula. Ditambah semula dengan cabaran dan tentangan yang dihadapi dengan kekalahan di 5 buah negeri melihat bahawa majoriti pemuda sudah penat untuk berperang sesama sendiri dan lebih berminat dalam bersatu untuk mendapatkan kembali tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang telah tewas.
Ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa siri kempen pilihanraya kecil bermula dengan Manik Urai dan Bagan Pinang apabila kerjasama antara kepimpinan Pemuda mempengaruhi kemenangan di kesemua saluran undi muda. Malah dapat kita lihat dari segi rombakan jawatan exco pemuda Umno bagi menghadapi suasana politik baru mula menampakan hasil terutama dari segi penceramahan dan propaganda di alam maya. Dapat kita melihat pemimpin-pemimpin pemuda yang dahulunya mati-mati menentang Khairy kini sudah mula berkerjasama dengan Khairy atas kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda.
Perkasa
Nampak seolah penentang utama Khairy bukan dari dalam Umno mahupun dari Pakatan Rakyat akan tetapi dari sebuah NGO iaitu Perkasa. Pergeseran terbuka antara pengerusi Perkasa Ibrahim Ali dan Khairy dalam media massa menggusarkan segelintir akar umbi dalam Umno yang menyokong sesetengah pendirian Perkasa. Namun sekiranya dilihat secara halus sebenarnya pertembungan dan pebezaan pendapat antara kedua-dua pihak ini member manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Pertamanya Umno yang membuktikan kepada parti komponen yang ianya teguh bersama Barisan Nasional manakala Perkasa membuktikan bahawa ianya sememangnya sebuah NGO yang tidak mempunyai sebarang ikatan.
Ada yang mengatakan bahawa Khairy mungkin kehilangan sokongan dalam Pemuda atas pertembungan ini namun penulis bependapat bahawa perkara itu tidak semestnya belaku. Kerana sering berlaku pendirian paradoks dalam politik Umno dan politik Melayu. Jangan terkejut sekiranya seorang pemuda, yang menyokong pendirian Perkasa boleh pada masa yang sama mengundi Khairy Jamaluddin. Pendirian beliau dalam mempertahankan beberapa isu Melayu seperti diskaun Bumiputera membuatkan hasrat penentangan terus dari akar umbi Umno sebagaimana yang diharapkan sesetengah pihak tertentu tidak berlaku.
Kesimpulan
Untuk mengatakan Khairy sudah bejaya membebaskan dirinya dari persepsi dan belenggu pandangan sejarah adalah meleset sama sekali. Sehingga hari ini masih giat gerakan dari dalam dan luar Umno itu sendiri yang menentang kedudukannya sebagai Ketua Pemuda, ini jelas dapat dilihat dalam kempen di internet melobi untuk dia tidak dilantik menjadi menteri kabinet. Walaupun semakin ramai pemimpin pemuda yang sudah mula berkerjasama dengan beliau namun masih ramai yang gusar dilihat secara terus takut-takut dilabel dan diserang sekali kerana masuk kedalam kem Khairy. Malah penulis sendiri mungkin akan dilabel mahupun dikritik oleh kerana menulis mengenai Khairy. Namun suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa pandangan dan perspektif terhadap Khairy Jamaluddin adalah bebeza sekarang berbanding dahulu. Rata-rata akar umbi pemuda Umno merasakan penat dan bosan dengan peperangan dalaman, dari segi jentera pemuda sehinggalah ke exco-exco ebih berminat dalam menentang Pakatan Rakyat dari Ketua Pemuda Umno.
Dahulu mungkin boleh dikatakan yang kedudukan yang terdapat pada Khairy adalah ehsan dan bantuan dari bapa mertuanya namun tidak kali ini. Penulis secara peribadinya tidak pasti apa yang akan berlaku atau kemana akan Khairy pergi selepas ini, samaada terus kehadapan atau jatuh tersungkur dalam permainan politik. Namun apa yang pasti, apa yang telah berlaku semenjak pemilihan tempoh hari dan apa yang akan berlaku selepas ini adalah atas usaha dan bakat beliau sendiri. Suka atau tidak, sokong atau tentang, itu adalah pandangan dan pendirian peribadi, tapi anggaplah begini, bukan senang untuk mengorak langkah dari seseorang yang menjadi antara sasaran paling utama kepada di mana dia berada sekarang. Itu kita kena akui.
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.




* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

Friday, October 22, 2010

Bagaimana syarikat-syarikat menyalurkan wang kepada Umno



PrintE-mail
Translation
THURSDAY, 21 OCTOBER 2010 18:42
Share Link: Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon

Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh CPI
Halim Saad dan Tajudin Ramli adalah dua orang anak emas Melayu tahun 1980-an dan 1990-an yang khusus dipilih oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk memimpin bangsa Melayu supaya mengambil tempat di persada nasional. Kedua-duanya diangkat sebagai sebagai pembawa budaya perniagaan Bumiputera baru yang bakal setanding dengan kaum Cina yang sekian lama menguasai bidang perdagangan. 
Mengikut bisik-bisik orang dalam, ketika Mahathir mula menerajui negara, beliau merencanakan untuk mewujudkan barisan 100 orang bumiputera kaya-raya. Mahathir berharap mereka-mereka itu akan memakmurkan kaum Melayu luar bandar. Kesemuanya ini dijangka akan disempurnakan atas 'konsep payung', yakni di bawah naungan Umno. Begitulah rancangan Mahathir, sebagaimana juga beliau bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju melalui projek-projek mega. 
Akan tetapi naluri manusia itu disebut rakus. Setelah orang terpilih yang diberi hak-hak istimewa tadi menjadi kaya, mereka tidak pula terdorong untuk berkongsi kemakmuran yang dinikmati dengan penghuni kampung dan luar bandar. Banyak syarikat yang diterajui anak buah Mahathir akhirnya runtuh dan perlu dihulurkan 'talian hayat' oleh agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional, dana pelaburan negara ataupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, menjadi tanggapan umum bahawa Umno mempunyai kaitan rapat dengan para ahli peniagaan bilioner Melayu. Namun begitu, andaian tersebut sekarang mampu terbukti kesahihannya lanjutan daripada dokumen-dokumen yang difailkan di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Dokumen-dokumen pembongkar rahsia tersebut mengesahkan bahawa bahawa Tajudin, Halim dan lain-lainnya merupakan 'front men' ataupun wakil bagi kepentingan Umno, parti politik terbesar di Malaysia. Yang terlibat dengan saman-penyaman di mahkamah adalah golongan yang dikenali sebagai Umnoputra, satu kerat ahli peniagaan 'rentier, ataupun yang mendapat untung mudah daripada 'mengutip sewa' (maksudnya mendapat tender tertutup, lesen, permit dsb). 
Akan tetapi bukan sekadar hanya Tajudin dan Halim yang bergelar Umnoputra. Di kalangan mereka termasuk Syed Mokhtar Al-Bukhary (kiri), salah seorang warga Malaysia terkaya, serta Yahaya Ahmad, yang mengepalai projek kereta nasional Mahathir (Yahaya terkorban dalam nahas helikopter bersama isterinya), serta Samsuddin Abu Hassan yang diperkenalkan oleh Mahathir kepada phak pentadbiran Nelson Mandela. 

Samsuddin melarikan diri dari Afrika Selatan selepas dituduh menggelapkan berjuta-juta ringgit dan meninggalkan hutang berjumlah
 sekitar rand 50 juta (US$7.2 juta pada kadar pertukaran matawang masa kini). Angkara salah laku Samsuddin, bank Durban gagal. Beliau pulang ke tanahair tanpa diiringi isteri glamornya Melleney Venessa Samsudin.

Sekembalinya ke Malaysia, Samsudin (kanan) dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Mitrajaya Holdings Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Umno yang telah memainkan peranan penting dalam projek-projek nasional termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KL Light Rail Transit System (LRT), Cyberjaya Flagship Zone serta lain-lain lagi.
Sekurang-kurangnya 23 syarikat terbesar di Malaysia (lihat senarai di bawah) nampaknya telah ditunggang Umno bagi membolot kontrak kerajaan dan seterusnya menyedut wang. Tatkala itu, percaturan Mahathir sudahpun terlerai. Oleh kerana para pengurus tadbir syarikat-syarikat tersebut begitu sebati dengan Umno dan ranting-ranting pelaburannya, apa-apa percubaan untuk memisahkan mereka besar kemungkinan akan menghancurkan parti. Pada bulan Julai baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak telah memberikan sebuah ucapan yang disebarkan secara meluas, di mana beliau berjanji untuk membasmi gejala rasuah dalam partinya.
Sebahagian besar pemilikan harta yang disebut di atas nampaknya telah disalurkan melalui sebuah syarikat misteri yang muncul pada tahun 1993. Syarikat tersebut -- Realmild -- mengambil alih pengurusan (melalui 'management buyout') media termasuk New Straits Times Press (M) Bhd dan TV3, dan dengan pembelian bernilai RM800 juta itu berjaya menguasai sebahagian besar industri media. 
Realmild tatkala itu sudah memiliki saham majoriti dalam Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang diberikan kontrak untuk membangunkan projek raksasa KL Sentral, iaitu kompleks yang dijadikan pusat pengangkutan [nota pengarang CPI: Pusat yang menemukan LRT, monorail, KTM, komuter, ERL, dsb). Realmild juga membeli syarikat Labuan dan Sabah Shipyards yang membekalkan Tentera Laut Malaysia, serta Redicare dan Medivest, yang diberikan kontrak lumayan untuk menyediakan bekalan perubatan untuk hospital kerajaan.
Pada bulan September, Syed Anwar Jamalullail, seorang adik-beradik kepada Sultan Perlis, dan saksi-saksi lain telah memberi keterangan di mahkamah. Di dalam kes rumit yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saksi-saksi tersebut berkata Daim Zainuddin, orang kanan perdana menteri, sering meminta para pengusaha Melayu supaya menjadi 'nominee' (orang yang dicalonkan) untuk mengurus syarikat-syarikat tersebut. Salah seorang bekas pengarah Realmild Khalid Ahmad telah memfailkan saman pada 2005 dengan mendakwa beliau ditipu sebanyak RM10 juta. Jumlah tersebut adalah seharusnya bayaran untuk lima peratus saham Realmild yang dituntutnya daripada Abdul Rahman -- yang disebut sebagai tuanpunya ('beneficial owner') Realmild.
Menurut keterangan yang diberikan di mahkamah, Abdul Rahman bersetuju membayar RM10 juta tetapi kemudian mengingkari janjinya setelah beliau diberitahu oleh Mahathir bahawa saham tersebut sebenarnya milik Umno [dan bukan milik peribadi perseorangan]. Paratrustee (yang memegang amanah) untuk Realmild sebenarnya adalah Mahathir sendiri serta bekas pengarang kumpulan Berita Harian Ahmad Nazri Abdullah, bekas pengarang kumpulan New Straits Times Group Abdul Kadir Jasin dan Mohd Noor Mutalib. Ahmad Nazri mengatakan dalam pernyataannya kepada mahkamah ('deposition') bahawa walaupun beliau memegang saham majoriti Realmild sebanyak 80 peratus, namun 70 peratus saham itu sebenarnya dipegang olehnya untuk Mahathir.
Syarikat-syarikat lain dalam jaringan Umnoputra termasuk Faber Group Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan UEM, yang kini terlibat dalam sektor pengurusan hartanah dan kemudahan-kemudahan ('integrated facilities management and property solutions'); dan KUB Malaysia Bhd -- sebuah syarikat induk yang berkecimpung dalam bidang maklumat, komunikasi dan teknologi, hartanah, kejuruteraan & pembinaan serta industri makanan.
Syarikat-syarikat tersebut terlibat juga dalam pelbagai kegiatan termasuk media, pembangunan, pembinaan, jalan tol, peralatan hospital, logistik dan pengedaran, perkhidmatan jaringan telefon bimbit dan lain-lain. Barisan Nasional yang berkuasa sejak Merdeka telah memanfaatkan Umnoputra dengan mengagihkan kontrak-kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat di bawah penyeliaan mereka. Seperkara lain tentang syarikat-syarikat ini ialah kebanyakan mereka disalah urus dan akhirnya gagal kerana masalah kewangan atau kerumitan lain. Angkara itu, syarikat-syarikat tersebut terpaksa diberi pertolongan ataupun ditebus oleh kerajaan.
Realmild 'diselamatkan' apabila ianya menjual MRCB yang dimiliknya kepada KWSP sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang bagi pinjaman RM500 juta pada lewat 2005. [Perihal syarikat-syarikat lain] Putera Capital Bhd, yang sebelum ini memiliki Putra World Trade Center -- PWTC yang merupakan ibu pejabat Umno, yang juga menyewakan ruang pejabat kepada bisnes-bisnes -- sekarang dekat muflis. Manakala UEM Builders Bhd, suatu cabang dari United Engineers Malaysia (UEM), bersama dengan UEM World Bhd, dibeli oleh Khazanah Nasional, jentera pelaburan strategik kerajaan yang serentak memiliki pelaburan kerajaan.
Khazanah Nasional kini juga menjadi pemilik PLUS, yang memegang kontrak tol untuk Lebuhraya Utara-Selatan, serta Pharmaniaga -- dulunya sebuah anak syarikat UEM yang terlibat dalam urusan pembekalan hospital dan perkhidmatan yang lain. Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa MAS, pada waktu itu syarikat penerbangan nasional, diambil alih oleh Tajudin Ramli. Proses penswataaan yang memindahkan hak milik MAS kepada Tajudin akhirnya mengakibatkan kerugian sebanyak RM8 bilion. Sebahagian utama jumlah wang tersebut disalurkan kepada sebuah syarikat logistik kargo bertapak di Frankfurt, negara Jerman, yang mana pengarah syarikat tersebut mempunyai hubungan erat dengan Tajudin.

Menurut laman Malaysia Today, peguam yang mewakili Tajudin mendedahkan bahawa Tajudin hanya berupa wakil ('front man') untuk Umno dan bahawa Umno "tidak hanya terpaksa melindungi beliau daripada pendakwaan tetapi mereka juga harus memastikan bahawa kerajaan membeli kembali saham-saham MAS pada harga yang sama saham-saham dijual kepadanya meskipun nilai saham yang sebenarnya tidak setinggi harga yang dibayar."
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pernyataan-pernyataan lain kepada mahkamah menyenaraikan
perihal salahlaku di UEM/Renong, syarikat yang pernah dikepalai Halim Saad. Syarikat tersebut dikatakan menerima kontrak pembinaan yang terlalu mahal, yang kosnya dibayar oleh perbendaharaan kerajaan. Bulan lepas (September), Halim memberitahu media yang beliau tidak lagi menjadi ahli lembaga UEM/Renong sejak tahun 2001. Menurutnya, pihak berkuasa inginkan Khazanah mengambil alih UEM/Renong "untuk mengelakkan risiko 'systemic' (sistemik ataupun perkara berhubungan dengan suatu sistem atau susunan yang teratur) terhadap sistem perbankan di Malaysia dan untuk membolehkan kumpulan tersebut distrukturkan semula. 
UEM masih pada masa ini diberikan kelebihan oleh kerajaan. GLC ini diberi kontrak untuk membina jambatan kedua negeri Pulau Pinang dari Seberang Perai ke [Batu Maung] di sebelah utara pulau. Pada tahun 2007, kos projek dianggarkan RM2.7 bilion . Sekarang kosnya sudahpun melambung naik sampai RM4.3 bilion dan inipun belum lagi mengambil kira pelbagai kos tambahan termasuk pampasan bagi nelayan dan kos pembangunan projek sebanyak RM285 juta. Jumlah mutlak kos projek jambatan kedua Pulau Pinang mencecah hampir RM5 bilion.
Dokumen-dokumen lain menunjukkan bagaimana media di tangan Umno sepenuhnya. Media Prima Bhd, sebuah syarikat tersenarai awam [di Bursa Malaysia], mengambil alih TV3, 8TV ntv7 dan TV9 yang sebelum itu dimiliki Realmild, serta 90 peratus ekuiti di New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, yang menerbitkan tiga buah suratkhabar nasional -- The New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Media Prima juga mempunyai tiga rangkaian radio -- Fly FM, Hot FM dan Satu FM. Lain-lain bisnes Media Prima meliputi peniagaan menyediakan kandungan, pengurusan acara dan pengurusan bakat (para artis).
Media Prima juga mempunyai syarikat iklan Big Tree Outdoor Sdn Bhd, UPD Sdn Bhd, Kanan Channel Sdn Bhd, Kurnia Outdoor Sdn Bhd dan Jupiter Rangkaian Outdoor Sdn Bhd. Alt Media adalah anak syarikat Media Prima dalam bidang penyiaran dan komunikasi digital. Anak syarikatnya yang lain adalah Portal Lifestyle gua.com.my dan Tonton yang baru dilancarkan. Tonton merupakan portal video serta berciri media sosial.
The companies:
Faber Group Bhd
KUB Malaysia Bhd
Malaysian Resources Corp. Bhd
Media Prima Bhd
New Straits Times Press (M) Bhd
Putera Capital Bhd
UEM Builders Bhd
UEM World Bhd
PLUS
Pharmaniaga
Utusan Melayu (M) Bhd (partly owned by Syed Mokhtar Albukhary, another Mahathir crony and one of Malaysia's 10 richest men according to the Forbes List
Renong Bhd
Realmild Sdn Bhd
Mahkota Technologies (Also a partnership with Syed Mokhtar Al Bukhary
Malaysian Airlines
Celcom
Malaysian Helicopter Service
Temasek Padu Sdh Bhd
Sabah Shipyard
Labuan Shipyard
Redicare
Medivest 


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

Malaysia in the Era of Globalization


Understanding Globalization

Trading in Money


by Bakri Musa

Malaysia cannot modernize its financial sector and capital markets in part because its leaders are stuck in the pre-globalization mindset, especially in their attitude towards money and capital. While to consumers everywhere money is now simply a convenient medium of commercial transaction, to Mahathir and other Third World nationalists it assumes a more important symbolic function. Currency represents the nation’s sovereignty. It is instructive that one of the first orders of business for many newly independent nations is to declare a new currency or to rename its old one. Malaysia has theringgit, and to symbolize its new beginning, prints a portrait of its king on the paper notes. Money is no longer simply money, rather a powerful symbol of the nation’s sovereignty.
It is this symbolic attachment to the currency that irrationally dictates many economic policies. Governments often go to extreme lengths to defend the value of their currency when market conditions dictate otherwise, as happened in Thailand and Malaysia during the 1997 crisis. They forget that the value of a currency is a reflection of consumers’ and investors’ confidence in the underlying economy. A weak economy will have a weak currency, regardless of the nationalistic frenzy used to whip support for it. Malaysia lost billions and nearly exhausted its foreign exchange reserves in the early part of the 1997 economic crisis trying to defend the value of the ringgit, only to admit finally that the market was correct.
Even as a medium of commercial transaction, money or more accurately cash, has been supplanted by other instruments. The most widespread is the credit card. Even when I travel abroad I carry very little cash, only a pair of credit cards with the second as insurance in case the first is stolen or lost. With that I could purchase anything and execute any transaction. It is also safer and more convenient; if stolen all I have to do is notify my bank and the card would be rendered useless and a new one reissued. In practical terms my credit card with my picture on it is as good as the paper money with the King’s portrait on it!
To an increasing number of people today money is just a commodity, like rubber and sugar. And like those commodities there is a market in money futures, that is, in predicting or anticipating its future values. Just as sugar “futures” traders take the risks from the producers and consumers of sugar, so do currency traders take the risk from lenders and borrowers.
In its simplified form a commodity futures trader works thus. Imagine I am a beverage manufacturer and use tons of sugar every day for my product. I cannot afford to have the price of sugar, my prime ingredient, fluctuate wildly. I need it to be relatively stable so I can budget appropriately. But the price of sugar, like other commodities, will vary depending on weather, political upheavals, world markets, and labor disputes, among others. As a wholesale consumer, I do not have the time or expertise to monitor the various market conditions affecting the price of sugar, otherwise I cannot devote my full energy towards producing my primary product. All I need is a steady supply of sugar at a reasonable and predictable price. Enter the futures trader. For a fee he will guarantee for me my supply of sugar for the next few months (or years) at an agreed upon price. If the price of sugar drops he will reap his profit, but if Castro throws his usual political antics and the price of sugar suddenly jumps, then I will be protected but the trader will lose in the deal.
And if that sugar commodity trader were prudent, he would spread his risks by diversifying. That is, he would also invest in other commodity futures so that if he were to lost money in sugar, he would be able to recoup in soya beans, for example.
Traders in currency futures too serve a similar function. Assume MAS were to borrow US $100 million to buy a 747 jet and have to repay the loan in US dollars. MAS’s revenue however, is in ringgit (at least the bulk of it). If the ringgit appreciates in value with respect to the US dollar, then MAS will need fewer ringgit to service the loan. That would be a bonanza to the company. However if the ringgit were to depreciate, then MAS would have to spend more to service the same loan. Small variations in the exchange rate would not be disruptive, but wild fluctuations could put the company under by making the amount of loan payments unpredictable.
Competent financial managers guard against such unanticipated changes by “hedging,” that is, for a small down payment (“options”) he would be guaranteed a certain amount of dollars at a preset conversion rate. As with the sugars options discussed earlier, if the dollar appreciates then the currency trader would absorb the loss and spare MAS the added costs. By securing such options, MAS would be acquiring an insurance policy against the potential weakening of theringgit. The debacle that snared MAS and many other Malaysian companies during the 1997 economic crisis was in part because they borrowed huge sums of dollars that were “unhedged.” When theringgit depreciated, the costs of those loans effectively went up.
Thirty years ago almost all cross-border transfers of currencies were for payments of goods and services, that is, for payments of actual trading. Today the overwhelming bulk of cross-border movements of funds are by currency traders using money as a commodity, trying to exploit changes and small differentials in exchange and interest rates in the different markets. Every day over trillion dollars are sloshing around the world’s money markets, and only a very tiny fraction of that is being used to pay for actual physical trade in goods and services.
Money is now a commodity, to be traded across borders just like sugar and rubber futures, and with as much sentiment as for those products. Just as traders at the Chicago Commodity Board earn more than the farmers who produce those commodities, so do currency traders make more money that those whose hard work generated those cash in the first place. Mahathir may rail against these speculators but they are not likely to disappear. I have always regarded futures trading as nothing more than 90 percent gambling and 10 percent useful economic activities (protecting producers and consumers from the risk of price volatility), but as long as it serves even that small an economic function, it will remain. No government can outlaw it; doing so would only drive them underground. Then they would become 99 percent gambling.
Left wing social science professors may condemn these commodity traders. Why should these young hustlers in their bowties and red suspenders working in the comfort of their air-conditioned trading pits, and who cannot tell apart the wheat from the shaft, be earning more than the hard working wheat farmers? It is sinful and unjust. If anyone should benefit from any increase in the price of grain, it should be the farmers, not those speculators. This was the theory behind the Soviet collective farms, with the farmers (with the help of the state) controlling not only the production but also the distribution and marketing of their products.
The collapse of the Soviet farms proved the fallacy of such a system.Farmers should stick to farming, marketers to marketing, and risk takers (commodity traders) to managing financial risks.
Currency traders like George Soros indeed make a killing – when they guess or gamble right. But when they are wrong, they eat more than humble pie. They could be wiped out. The near collapse of the billion-dollar hedge fund Long Term Capital Management in 1999 is a grim reminder of the stakes in this new form of “trading.”
Economists and others who have long tried to grapple with how to control or tame currency trading have been humbled by their attempts. Many a conference and seminar have been devoted to rebuilding the “architecture of international finance.” The fact that there is no solution as yet points to the difficulty of getting unanimity on the issue.
Chile once charged a premium for short-term capital (“hot” money) by requiring a portion to be deposited in a non-interest bearing account with the central bank. That was then. Now with the intense competition for foreign funds, Chile has done away with that novel scheme.
The Yale Nobel economist James Tobin suggested a similar concept, the so-called Tobin Tax, to damper speculative activities of currency traders. The fact that such schemes have not been adopted suggests that there are associated costs. Ultimately it is borrowers, not lenders, who would end up bearing the added cost. Thus instead of ranting and raving against currency traders, we would be wiser to accept them and to learn their ways in order to protect ourselves. Countries should concentrate on producing goods and services efficiently, and let the currency traders assume the foreign exchange risks.
While Mahathir may now righteously condemn currency traders, specifically George Soros, his own central bank was actively involved in the foreign exchange market. Indeed Bank Negara’s excessive speculative activities in the early 1990s prompted the United States Federal Reserve Bank to issue a stern warning. As it turned out, that was unnecessary as Bank Negara was later humbled by the loss of billions on a wrong gamble on the dollar. The difference between Soros’s and Bank Negara’s loss is that with the latter, it is the Malaysian taxpayers who ultimately foot the bill while Soro’s loss was borne entirely by his affluent clients and investors.
Thirty years ago there was no currency trade. For one, there were only a few major currencies in the world so there was not much room to speculate. Today, every tiny little independent country wants its own currency; thus opportunities for speculators are wide open. The other reason is that currencies then were tied to the value of gold. Money then held its value. The US dollar was the last major currency to “de-link” itself from gold. Without an underlying precious metal to support it, the value of paper money is based largely on the confidence people (the market) have on the underlying supporting economy. Of course if the world were to have a single currency then those speculators would be out of business.
In this Internet age, money is nothing more than blips of positive and negative charges (digitization) spinning around the globe at the speed of light seeking the highest returns commensurate with the risks.Once we consider money as a commodity in addition to its traditional functions, we will then better understand and come to terms with the currency market, which is now so much an integral feature of globalization.



* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 
1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Share this article with:

Search This Blog

There was an error in this gadget