My Speech at UMNO Ampang Meeting 2011 That was Officiated by the Prime Minister, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil A-lamin, was-salatu was-salamu ala Rasulillah.
Rabbish-rahli sadri, wa-yassir-li amri, wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Wakil Perhubungan Negeri Selangor,
Yang Berbahagia Dato Ismail Kejo, Ketua UMNO Bahagian Ampang
Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ampang
Yang Berbahagia Tuan Sheikh Arziman, Naib Ketua UMNO Bahagian Ampang
Yang Berbahagia Dr Rozaidah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang
Yang Berbahagia kekanda Safarrizul, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang
Yang Berbahagia Saudari Salwa, Pemangku Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang
Barisan Exco-Exco Bahagian dari 3 lapisan,
Para Perwakilan dan Pemerhati,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya Aizli Dato’ Abdul Malek…
AJK cawangan Jalan Enggang… Mewakili Pemuda bahagian Ampang…
Anak Cina pukul Canang,
Makan nasi tambah kicap,
Pemuda Enggang kami datang,
Ke bahagian Ampang kami berucap.
Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4
‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.
Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :
‘Sesuatu yang benar dan hak NAMUN tidak tersusun, akan dikalahkan! oleh yang batil dan salah , tetapi! diatur dengan tersusun’
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
xxxxxxx
Pada petang berbahagia ini, saya bagi pihak Pemuda bahagian Ampang ingin memperkukuhkan saranan YAB Presiden UMNO sewaktu di Pilihanraya Sarawak yang lalu, YAB DS Najib dalam cadangan beliau dalam pemilihan calon untuk pilihanraya yang akan datang ini.
DS Najib menyatakan bahawa Calon-Calon dari Barisan Nasional haruslah dari “winnable candidate” dan bukannya lagi cara pemilihan tradisi iaitu secara quota dari komponen-komponen parti seperti dahulu. Kita juga mengerti, ini adalah perjanjian diantara parti2 komponen didalam barisan nasional, TETAPI, kami Pemuda Ampang ingin menyarankan kepada pihak Majlis Tertinggi UMNO untuk mengkaji semula system ini.
Kita tahu, ada kawasan-kawasan yang majoritas nya penduduk berbangsa Melayu tetapi disebabkan system kuota, calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional adalah dari parti MCA, MIC, Gerakan atau PPP yang bukan berbangsa Melayu. Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO terpaksa mengemukakan calon-calon yang mempunyai harapan tipis untuk menang di kawasan-kawasan ini kerna perjanjian system kuota.
Sedangkan parti pembangkang itu mengemukan calon mereka dari PAS ataupun PKR yang berbangsa Melayu. Ini jelas Tuan2 dan Puan2…. Dengan sokongan yang berkurangan dari masyarakat “urban” bukan melayu terhadap Barisan Nasional, kita terus menutup peluang yang ada untuk kita meraihkan kemenangan.
Tuan2 dan Puan2…
Pilihanraya besar adalah sangat berbeda dari pilihanraya-pilihanraya kecil yang kita menang sebelum ini seperti di Hulu Selangor, Tenang, Merlimau dan Kerdau oleh kerana jentera-jentera pilihanraya akan berpecah dan tidak bertumpu kepada satu2 kawasan sahaja. Oleh itu, adalah sangat penting calon yang dikemukakan adalah calon citarasa lokal.
Walau Bagaimanapun, setelah CALON dipilih…. Kita sebagai akar umbi harus lah juga akur kepada pemilihan calon dari pucuk pimpinan Tertinggi UMNO. Jangan kerana Pilihan itu bukan dari pemimpin pilihan kita, kita tidak keluar untuk menyokong calon tersebut. Ini sering terjadi dan harus lah kita elakkan dari berlaku kerana yang rugi adalah kita sendiri. Kita juga harus percaya pilihan kepimpinan itu adalah yang terbaik dan Kita harus menerima keputusan peringkat Tertinggi dan menyokong padu agar UMNO terus menang dan memerintah Malaysia.
Tuan2 dan Puan2
Ini adalah diantara sebab utama kita kalah di Perak, Pulau Pinang dan terutamanya di Negeri Selangor pada pilihanraya yang lalu… Pemuda Ampang ingin menyarankan kepada Pihak Majlis Tertinggi untuk mendengar suara akar umbi dan mengambil iktibar dari pilihanraya yang lepas agar pisang tidak berbuah dua kali. UMNO sebagai Parti Utama di dalam Barisan Nasional harus lebih mengutamakan kemenangan agar kita berada di tapuk pemerintahan di Negara ini. Tidak ada gunanya sekiranya kita mengikut sistem kuota tetapi Negara tergadai kepada parti pembangkang.
Pihak Pemuda Ampang juga ingin mencadangkan kepada Pihak Majlis Tertinggi agar calon-calon untuk pilihanraya yang akan datang ini dapat sekiranya mengemukakan lebih ramai calon2 yang muda, terdiri dari kalangan Pemuda dan Puteri UMNO agar lapisan pelapis di peringkat Negeri dan Parlimen lebih mantap.. Tetapi ini bukanlah bermaksud Pemuda Ampang melupai barisan veteran yang menpunyai pengalaman yang lebih luas di dalam arena politik Negara.
Si badut PKR bersorak lagi,
Ferrari Merah kesukaan Azmin Ali,
September enam belas yang dijanji-janji,
Akhirnya menangis di malam hari,
Anak cina di belai-belai,
Anak melayu diterkam belakang,
Anwar berceramah berderai-derai,
Seperti pak kaduk asyik bertukang.
Semua kawan menjadi lawan,
Zahrin, Chandra, Nalla dan Eskay,
Video tulen 'barang' menawan,
Cukup marah dikatakan GAY.
Buai laju-laju,
Sampai ke pucuk sena,
Anjing Gila datang dari Batu,
Yang Berhormat Tian Chua namanya…
Cukup cukup lah wahai si Anwar,
Bawak bertaubat sebelum terlambat,
Jangan sentiasa membuat onar,
Nanti di Sungai Buloh, pasti kita sebat.
Xxxxxxx
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sakalian,
Isu kedua yang mahu di bentangkan oleh Pemuda Ampang adalah isu IPP ataupun Independent Power Plant dan isu subsidi diesel dan gula kepada rakyat. Pengurungan subsidi diesel dan gula kepada rakyat adalah tidak seberapa berbanding dengan subsidi Gas yg di berikan kepada syarikat2 IPP swasta ini.
Majlis Tertinggi harus mengambil peduli tentang penjimatan tahunan berjumlah RM226.8 juta dari pengurangan subsidi diesel dan pengurangan subsidi gula yang berjumlah RM116 juta tetapi bukan subsidi gas yang berjumlah RM26 bilion tahun ini dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa.
Kadang-kadang kita bimbang untuk membelanjakan sejumlah wang kecil, walhal sembarangan membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar. Hal ini merupakan tindakan yang nampak cerdik tetapi sebenarnya tidak. Seperti perpatah inggeris…
“A panny wise, A pound foolish”
Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi gas dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, di mana penerima faedah adalah para IPP. Di antara IPP tersebut, YTL Power yang memiliki keuntungan pada tahun 2010 melebihi RM1.6 bilion ke atas nilai pendapatan berjumlah RM13 bilion. Pada tahun 2009, Malakoff memiliki keuntungan RM380 juta ke atas nilai pendapatan RM5.6 bilion. Manakala Powertek pula menikmati nilai pendapatan berjumlah 1.34 bilion dengan keuntungan sebanyak RM450 juta.
Adakah 'Independent Power Producers' (IPPs) masih menikmati keuntungan besar tanpa subsidi gas berjumlah RM131.3 bilion dan Perjanjian Pembelian Tetap Kuasa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)?
Pemuda Ampang mengesa pihak Majlis Tertinggi untuk menyelesaikan perkara ini sebelum mengurangkan subsidi petrol RON 95 kerana kami percaya ini sedikit sebanyak akan menjadi satu isu yang sangat besar kerana minyak adalah barangan ruji di peringkat akar umbi dan menjadi “domino effect” kepada harga barang2 runcit yang lain… dan boleh menghilangkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Marilah kita bersatu dan jangan lah kita bersengketa sesama sendiri… Seperti yang diperkatakan oleh Kekanda Safarizul tempoh hari, peperangan itu diluar dan bukannya disini… kalau jaguh, ayuh kita bersama hadapi mereka ini di pilhanraya ke tiga belas nanti….
(TINGGI)
Yakinlah Tuan2 dan Puan2, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah, UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan Bangsa Melayu!!!
Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan.
Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan.
Kendati tergantung awan di langit,
Telah terlanjur kubentangkan layar,
Walau badai datang menggulung,
Walau berdentum guruh dilangit,
Walau bumi berkeping dua,
tak kan mungkin ku-berbalik haluan.
Hidup UMNO! Hidup Melayu! (TINGGI)
Makmum solat luruskan saf,
Sholat sunat dgn berniat,
Sepuluh Jari meminta maaf,
Terkasar bahasa bukan berniat.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings: