Isu Doa Khutbah Jumaat |
Kerakusan kuasa YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang tampaknya semakin menjadi-jadi apabila telah 'dinobatkan' lebih afdal daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri selaku Ketua Agama Islam di negari itu, sebagaimana laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa nama Seri Paduka Baginda telah digantikan dengan nama beliau semasa bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong sejak minggu lalu. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mendesak agar suatu siasatan dibuat segera berhubung perkara ini. Pemuda UMNO juga membantah dan menolak dengan keras penggantian itu, sekiranya benar terjadi, yang mana bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar sebagai saluran politik bagi mengagungkan Lim Guan Eng. Bahkan, kejadian ini adalah pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, dan bukannya untuk ketua eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri, tidak kira sama ada beliau itu Muslim atau tidak. Sikap biadap seperti ini pastinyamembuat luka yang menyinggung hati umat Islam di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakanMaulidur Rasul pada Februari lalu berdarah kembali. Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah sikap membisu dan tidak ambil kisah oleh PAS yang sering mendabik dada sebagai pejuang Islam tetapi terbukti longlai di kaki 'Khalifah' Lim Guan Eng. |
* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings: