The MALINDO DEFENCE Daily

Wednesday, April 24, 2013



Salam kepada semua,

Alkisah pada suatu hari, ada dua golongan ahli politik Muslim di M'sia ini;

  • Golongan pertama ini tak pernah tinggal solat. Ke hulu kelir kelibat mesti ada kat masjid. Bila bercakap, mesti nama Allah di sebut-sebut. Pakaian pun berjubah dan berketayap ke sana sini.

  • Golongan ahli politik kedua ni pula dah lah solat diringankan, asyik pakai tie je.  Cakap pun English memanjang.


Tiba-tiba pada suatu hari, dua-dua golongan itu mati kena sambar oleh petir.

  • Golongan pertama yang expect dapat masuk syurga tiba-tiba bila bangun sedar yang mereka berada di dalam neraka jahannam. What a big shock it was to them.

  • Yang buat mereka terkejut beruk pula ialah golongan kedua pula yang merka perangi selama ini pula menjadi ahli syurga.


Dengan perasaan tidak puas hati, golongan pertama pun pergi bertemu Tuhan mereka untuk mendapatkan penjelasan. Berikut adalah conversation mereka dengan Tuhan mereka.


Golongan Politician Pertama berkata;

  • Dear God, kita orang tak puas hati lah. Kita orang expect dapat masuk syurga. Ye lah, setiap hari solat kita tak pernah tinggal. Berjam-jam duduk kat masjid. Ketayap, jubah  tak pernah tak pakai. Tetapi why God, you sent us to hell? Kita orang lah yang patut masuk syurga. Instead you pi bagi si kafir tu (golongan kedua) tempat kami di syurga. This is not fair.


Tuhan pun berkata kepada mereka;

  • Aku tidak tengok pada amalan kamu, tetapi Aku tengok hati kamu. Amalan itu sepatutnya membersihkan hati kamu, tetapi sadly, that was not the case for you.


Golongan Politician Pertama pun berkata balik;

  • Tetapi hati kami bersih lah God.


Gods says;

  • Bersih kepala hotak kamu. Kamu juga lupa yang walaupun amalan kamu banyak, dosa kamu lagi banyak. Nak masuk syurga kena timbang dulu kat neracing Aku. Golongan lagi satu itu, dosa mereka sedikit berbanding kamu.


Mereka berkata : Kalau macam itu, apalah dosa kami, o dear God o mighty?


Gods says;

  • Kamu banyak memfitnah sesama manusia terutama terhadap golongan lagi satu itu. Tidakkah pernah Aku berkata yang dosa memfitnah itu lebih buruk daripada  membunuh. Golongan lagi satu itu penat nak menjawab fitnah kamu. Free free aje Aku bagi mereka pahala sebab asyik kena fitnah oleh kamu. Fitnah Altantuya lah, fitnah submarine tak boleh tenggelam lah etc…... Kamu berceramah ke sana sini buat fitnah dan tambah dosa je. Sebenarnya, kamu hanya menzalimi diri kamu sendiri dengan perbuatan ini. 


Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu suka mengkafirkan saudara seagama dengan kamu tanpa bukti yang kukuh. Yang dok kena kafir tu golongan kedua, so Aku bagi lah pahala free dekat mereka. Kamu pula dapat dosa. Yang Islam dan seagama dengan kamu, kamu tuduh kafir, tetapi yang kafir harbi itu kamu melebih-lebihkan mereka, melebihi saudara seagama kamu. Kamu memutuskan sillaturrahim dengan sewenang-wenangnya.



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu memecahbelahkan umat Islam,  supaya bergaduh dan besengketa bersama mereka. Sehinggalkan anak tidak mengaku bapak, bersolat berlainan imam di dalam satu qariah, mati dikebumikan berlainan tempat. Ini semua kerja iblis syaitan yang kamu ikut.  Disebabkan itu, dosa-dosa mereka semua aku bagi share kat kamu, macam multi-level marketing, dengan kamu mendapat share dosa terbesar sebab kamulah puncanya persengketaan itu semua berlaku dengan amanat sesat kamu itu. Sebenarnya, kamu hanya menzalimi diri kamu sendiri dengan perbuatan ini. 



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu advertise untuk pungut derma kata nak buat prepaid highway. Tetapi Aku tengok bukan sahaja highway itu tidak kamu buat, duit itu pun kamu kebas buat benda lain. Tidakkan ini satu penipuan yang besar? Banyak lagi kutipan-kutipan derma yang aku tengok kamu buat pakai modus operadi yang sama. Sebenarnya, kamu hanya menzalimi diri kamu sendiri dengan perbuatan ini. 



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Aku sengaja bukakan aib beberapa pemimpin di antara kamu disebabkan dosa-dosa mereka supaya mereka kembali bertaubat. Aib mereka aku bukak clear dengan video colour HD dan audio yang jelas. Tetapi kamu kata pula, video itu besi dan tak boleh dijadikan bukti. Malah kamu tidak siasat kebenaran perkara itu.  Walaupun kebenaran itu jelas belaka, kamu buat-buat tak nampak je. Siapa yang kamu sebenarnya nak menipu? Tidakkah kamu hanya menipu diri kamu sendiri sahaja?



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu buat tuduhan tanpa usul periksa. Bila datang sesuatu berita itu, kamu tidak menyiasat untuk mendapatkan kebenarannya. Malah, disebabkan puak kamu yang terkena, kamu buat bodoh dan dek je. Kalau benda yang sama berlaku pada puak yang lagi satu, riuh rendah satu kampong kamu buatnya. Manakah keadilan yang Aku suruh kamu buat itu?



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu tipu dengan kata yang siapa yang sokong dan pangkah parti kamu akan masuk syurga. Yang tidak buat demikian pula kamu kata akan masuk neraka. Sejak bila Aku lantik kamu jadi representative Aku yang tahu siapa masuk syurga atau nereka? Jelas, kamu mempermainkan agama Aku untuk mendapatkan kedudukan dan kepentingan di dunia. Siapa yang kamu tipu sebenarnya kalau bukan diri kamu sendiri?



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu sibuk cakap nak buat hukum hudud dan menuduh golongan lagi satu kafir sebab tidak melaksanakan hudud di dalam pemerintahan mereka. Tetapi bila aku bukakan aib seorang puak dari kamu (video seks), patut kamu melaksanakan hukum hudud itu ke atas nya tetapi kamu buat bodoh dan senyap saja. Tidak ini semua satu penipuan yang jelas oleh kamu?



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Kamu menghukum orang tanpa dipanggil pembelaaan mereka. Adakah ini keadilan yang Aku suruh kamu buat?



Mereka berkata : Apa lagi dosa kami, wahai tuhanku?


Gods says;

  • Yang aku paling bengang sekali bila kamu mensyirikkan aku bila kamu kata orang kafir boleh menggunakan nama Aku. Padahal Aku tidak pernah redha kepada mereka yang mensyirikkan Aku, sedangkan kamu semua suruh umatku redha akan perkara itu.


Mereka berkata : Laaaa…takkan lah banyak sangat dosa kami, o tuhanku? Kalau kami tahu kami nak masuk neraka jahannam, awal-awal lagi dah kita orang hidup enjoy di dunia dengan berfoya-foya etc.  Ini kami bertungkus lumus beribadat kerana mu O tuhanku. Dan lah dunia kami tak dapat, akhirat pun kami tak dapat. Puak lagi satu itu, dua-dua mereka dapat. Ini tidak adil, O mighty God!


Gods says;

  • Dosa golongan kedua itu tidak sebanyak kamu. Walaupun ibadat mereka kurang, mereka banyak melakukan kebaikan untuk rakyat dan umat Islam khususnya. Walaupun ada di antara mereka yang corrupt, duit yang mereka kaut itu Aku tengok mereka tidak lupa untuk beri kepada fakir miskin dan anak yatim bahagian-bahagian mereka. Juga mereka taburkan balik kepda masyarakat dan kepada yang memerlukan bantuan. Macam robin hood lah. Peluang-peluang pekerjaaan yang mereka wujudkan dapat rakyat menyara keluarga mereka. Setiap kebaikan mereka kepada rakyat mereka juga dapat share. Macam multi-level marketing. Mereka juga mempertahankan namaKu. Agama Ku di sebarkan luas di dalam negara.

  • Kamu pula kata yang kamu memperjuanglan Islam tetapi sebenarnya kamu memperdagangkan Aku dan agama ku untuk mendapatkan kedudukan dan kepentingan di dunia.  Golongan lagi satu tidak berbuat begitu.  Yang jelas kamu semua dah kena tipu oleh Iblis syaitan. So masuk lah kamu ke neraka jahannam sehingga suatu masa yang Aku tetapkan.  Bye-bye and enjoy your stay in Hell!.



Errr…….make a guess, mana satu PAS, mana satu UMNO?

(Ini semua cerita ficititous sahaja. Kalau ada yang terasa itu, maafle, sekadar sama-sama menyedarkan je...….hehehe).





* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 
1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger