The MALINDO DEFENCE Daily

Monday, August 30, 2010

Apabila susu dibalas tuba — Ku Seman Ku Hussain



August 29, 2010
29 OGOS — “TAHNIAH” diucapkan di atas sikap berlembut kerajaan memaafkan seorang pelajar yang biadab menghasilkan video Negarakuku tiga tahun lalu. Video Negarakuku bukan saja memuatkan lagu Negaraku dalam rentak rap malah menyelitkan cercaan dan maki hamun kepada kerajaan.
Walaupun banyak pihak kecuali MCA meminta kerajaan mengambil tindakan yang tegas kerana perbuatan itu seolah-olah memijak kedaulatan negara, tetapi akhirnya pelajar yang menuntut di Taiwan itu pulang dengan gembira tanpa sebarang tindakan.
Wee Meng Chee atau Namewee melakukan perbuatan itu ketika menuntut dalam jurusan komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan menyiarkan footage video yang menyentuh sensitiviti agama Islam itu dalam YouTube. Seluruh dunia melihat sikap buruk rakyat Malaysia terhadap negaranya. Kerana kita terlalu baik hati dan mahu “mengambil hati” kesalahan sebesar itu kita padamkan hanya sepatah kata “maaf” daripada pelajar berkenaan.
Walaupun tiga tahun berlalu tetapi orang Melayu dan umat Islam masih terasa pedihnya. Kerana toleran yang melampaui kerajaan, Namewee sekali lagi buat hal apabila menyiarkan video terbaru di YouTube memuatkan kenyataan berbaur perkauman, mencerca seorang guru besar yang dituduh perkauman seterusnya Kementerian Pelajaran.
Semalam, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashin Shirlin mendesak tindakan tegas dikenakan ke atas Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap sangat biadab serta boleh mencetuskan sengketa kaum.
Nah, diberi susu, dibalasnya tuba. Adakah kita semua terpaksa menghirup “tuba” sekali lagi kerana mahu “menjaga hati” pihak tertentu? Kita sedang menunggu tindakan yang tegas seperti yang dikenakan ke atas bekas pelajar Aswara yang memberi komen dalam facebook berbaur ugutan mengenai kes membakar gereja tidak lama dulu. Pelajar itu ditangkap dan didakwa. Baguslah tegas begitu.
Kerajaan juga mengambil tindakan tegas kepada sekumpulan remaja Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang di Batu Buruk Terengganu tahun 2008. Itu pun bagus juga. Mempersenda dan menghina negara besar kesalahannya tidak kira Melayu, Cina atau sesiapa. Tetapi gelagat sekumpulan remaja Melayu itu hanya diketahui oleh sekitar kawasan Batu Buruk saja. Mereka tidak menyiarkan peristiwa membakar Jalur Gemilang di YouTube untuk memberitahu seluruh dunia.
Kerana itu Namewee sangat bernasib baik apabila perbuatannya yang mencemarkan nama negara di seluruh dunia boleh pulang ke tanah air dengan senyum gembira. Sekalipun kesalahannya lebih besar daripada bekas pelajar Melayu Aswara dan sekumpulan remaja Melayu di Batu Buruk, dia terlepas daripada sebarang tindakan. Malah pernah memohon bantuan kewangan daripada Finas untuk menerbitkan filem. Bagaimanapun status permohonan itu belum diputuskan lagi setakat ini.
Sensitiviti
Apabila Namewee mengulangi kecenderungan mengecam negara dan menyentuh sensitiviti perkauman, tindakan yang tegas mesti diambil sebelum orang luar melihat “pihak berkuasa” kita sebagai tidak berkuasa. Siasatan mesti dijalankan dan kali ini tolong jangan ada penglibatan parti politik seperti kesnya yang lalu.
Sebenarnya pihak yang banyak memainkan peranan hingga Namewee boleh senyum gembira pulang ke tanah air selepas mencaci negara adalah MCA. Inilah akibatnya kalau isu-isu yang melibatkan hal-hal yang mencemar kenegaraan diselesaikan menerusi penglibatan politik bukan undang-undang.
Kali ini apa pula agaknya yang akan dilakukan oleh MCA? Kalau dulu Chua Soi Lek yang ketika itu Menteri Kesihatan menganggap Namewee sebagai “budak jahil” yang tidak mempunyai niat mempersendakan lagu Negaraku dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Kali ini apa pula komen MCA? Parti DAP pun kelihatan sangat bersimpati dengan Namewee ketika perbahasan di Parlimen ketika isu itu hangat diperkatakan.
Tetapi ironinya “budak-budak Batu Buruk” yang dikenakan tindakan tidak ada pula campur tangan parti-parti Melayu seperti UMNO atau Pas. Sebenarnya parti hanya menguruskan hal-hal politik saja, apabila tiba soal yang mencemarkan negara, semua parti mesti melupakan soal kaum masing-masing. Semua kaum dan semua parti di bawah satu bendera dan menghuni tanah air yang sama.
Selepas menghasilkan video Negarakuku, Namewee menghasilkan CD yang antaranya memuatkan lagu Negarakuku dan Kawanku dalam bahasa Mandarin. Lagu Kawanku antara antara liriknya akan menyinggung perasaan orang Melayu.
Dalam kerapuhan hubungan kaum di negara ini, anasir-anasir yang boleh menyumbang kepada ketegangan perlu dibanteras tanpa mengira kaum. Dalam kes terbaru ini ternyata menyalahgunakan kemudahan teknologi apabila mencerca individu dan negara sendiri di Internet. Namewee boleh mengkritik dan orang Melayu sangat terbuka kepada kritikan. Tetapi Namewee juga kena membezakan antara kritikan dengan cercaan yang boleh mengguris hati orang Melayu.
Sebenarnya Namewee bebas untuk mempunyai pendirian apa saja tentang insiden guru besar Melayu yang dituduh perkauman di sebuah sekolah di Johor. Dia boleh mengkritik sekalipun guru besar berkenaan sudah menjelaskan ada berlaku salah faham yang kemudian dijadikan modal politik parti tentu.
Seperti kata Rosnah, perbuatan Namewee kali ini biadab maka pihak yang merasa masih “ada kuasa” perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati benar. Kalau sudah tidak punyai kuasa, sama-samalah kita menyokong kerja “bakti” Namewee ini dan tidak usahlah berulang kali memberi “amaran keras”. Kena lakukan jangan cakap saja.



* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

Bukan Muslim, Masjid Dan Mainan Politik



BUKAN MUSLIM, MASJID DAN MAINAN POLITIK
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam.

Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak. Firman Allah: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!
Tambah Keliru
Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. ‘Juru-juru fatwa’ yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan ‘peperangan’ boleh diambil jika ada keperluan. Ini dalam masyarakat kita ‘perang dahulu’ tanpa sebarang penerangan awal yang jelas.
Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!
Masuk Masjid
Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:
Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”
Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.
Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.
Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.
Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.
Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.
Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.
Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):
“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).
Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:
“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)
Luaskan Fungsi Masjid
Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan non-muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

KEMUNCAK KETAKSUBAN


29 AUGUST 2010


Salam 2 all.

Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.

Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi, dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri. Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan! 

Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam. Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada diantara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan poerkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil, atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini?

Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik,kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada ALLAH kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini. Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepoada ALLAH tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah.

Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau. Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah ALLAH itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam. Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran ALLAH? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang.

Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun,ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini. Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

Benarlah kata Rasulullah saw, kita sekarang hidup dizaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka, dan ulama' nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat, dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan ALLAH, "dibulan Ramadhan ini turunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterang dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir). "Inilah kitab Al Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kanu untuk bertaqwa". Dan firman ALLAH, "diwajibkan keatas kamu berpuiasa dibulan Ramadhan, sebagaiaman diwajibkan ketas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi saw diakhir tahiyyat, "lindungilah kami dari fitnah qubur, limdungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.

Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.

Wassalam, adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
19 Ramadhan 1431
29 Ogos 2010


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

 

Friday, August 20, 2010

Isu Khutbah Jumaat by Khairy Jamaludin

Isu Doa Khutbah Jumaat
Kerakusan kuasa YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang tampaknya semakin menjadi-jadi apabila telah 'dinobatkan' lebih afdal daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri selaku Ketua Agama Islam di negari itu, sebagaimana laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa nama Seri Paduka Baginda telah digantikan dengan nama beliau semasa bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong sejak minggu lalu.
Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mendesak agar suatu siasatan dibuat segera berhubung perkara ini. Pemuda UMNO juga membantah dan menolak dengan keras penggantian itu, sekiranya benar terjadi, yang mana bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar sebagai saluran politik bagi mengagungkan Lim Guan Eng.
Bahkan, kejadian ini adalah pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, dan bukannya untuk ketua eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri, tidak kira sama ada beliau itu Muslim atau tidak.
Sikap biadap seperti ini pastinyamembuat luka yang menyinggung hati umat Islam di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakanMaulidur Rasul pada Februari lalu berdarah kembali.
Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah sikap membisu dan tidak ambil kisah oleh PAS yang sering mendabik dada sebagai pejuang Islam tetapi terbukti longlai di kaki 'Khalifah' Lim Guan Eng.
Lembaran sejarah Islam menunjukkan bahawa apabila suatu jajahan itu telah ditakluki oleh pemimpin baru atau berlaku sebarang peralihan kuasa, maka doa khutbah solat Jumaat akan ditujukan kepada pihak pemerintah yang baru sebagaimana kisah penyerahan kuasa daripada Daulah Fatimiah kepada Daulah Abbasiah di Mesir pada tahun 567 Hijriah yang disusuli oleh simbolik penggantian doa khutbah Jumaat daripada yang menyebut Khalifah Al-Adhid kepada Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah. Jadinya, sikap berdiam diri yang ditonjolkan oleh PAS bukan sahaja menzahirkan kerelaan mereka di dalam mempromosikan cengkaman dan campur tangan DAP di dalam urusan umat Islam malahan juga mungkin suatu pengiktirafan PAS kepada kuasa dan pengaruh DAP sebagai penakluk baru di Pulau Pinang.
Malah ia juga membuktikan kuasa DAP yang bukan sahaja telah menguasai Pulau Pinang bahkan juga meminggiri PAS dan PKR, yang kelihatan begitu rela dan redha menjadi pak turut parti tersebut. Pakatan Rakyat atau PR kini nampaknya bukan lagi Pakatan Rakyat tetapi adalah Pelana Rezeki buat tunggangan rakus DAP.
 


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

Thursday, August 5, 2010

Anwar Ibrahim standard modus operandi when meeting with Press


5 Aug Eng.JPG



* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 
1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger