There was an error in this gadget

The MALINDO DEFENCE Daily

Sunday, February 14, 2010

Isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang


commentary: Another prove that what ever LGE is saying about the Prophet Muhammad's birthday procession that was claimed to be cancelled and denied by LGE ... shows how LGE is a "biadap" and has no respect to the majority and the official religion in Malaysia.... What you been thinking boy ? YOU THINK YOU CAN GET AWAY WITH IT WITHOUT FEDERAL BOYS NOTICING IT ? YOU STUPID OR WHAT ? - aizley


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) begitu terkejut dan memandang serius laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ini kerana, sekiranya laporan itu adalah benar, pembatalan perarakan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan satu amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga Umat Islam di Pulau Pinang.

Unjuran daripada reaksi pelbagai pihak, YAB Lim Guan Eng telah membuat kenyataan pada lewat malam semalam dengan menjelaskan bahawa arahan pembatalan itu adalah tidak benar sama sekali. Bahkan, menurut beliau sambutan kali ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 25 Februari 2010.

Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan ini kerana pembatalan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja menidakkan rakyat Pulau Pinang yang beragama Islam berarak bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka kepada Baginda Rasullah SAW malah merupakan satu gambaran yang langsung tidak  memahami dan menghormati sensitiviti masyarakat majmuk dan kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Namun demikian, Pemuda UMNO ingin bertanya kepada YAB Lim Guan Eng berhubung kesahihan satu salinan surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 5 Februari 2010 yang telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Pinang telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tradisi Maulidur Rasul di dalam mesyuaratnya pada 3 Februari lalu. Surat yang ditujukan kepada semua ketua-ketua Jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan juga pihak berkuasa tempatan itu telah meminta semua pihak terbabit bagi menghantar wakil untuk Majlis Perhimpunan Ummah yang bakal diadakan pada 26 Februari bagi menggantikan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri.

Sehubungan dengan itu, YAB Lim Guan Eng harus menjelaskan perkara ini dengan telus dan jujur  sebagaimana cogan kata bagi pentadbiran beliau yang menjurus kepada tema Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Ini kerana, kami mendapati bahawa laman maya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah pun menyiarkan iklan berkenaan Majlis Perhimpunan Ummah yang bakal menggantikan perarakan Maulidur Rasul tersebut.









  * This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Share this article with:

Search This Blog

Loading...
There was an error in this gadget