The MALINDO DEFENCE Daily

Thursday, February 4, 2010

Laporan secara terus dari mahkamah (Hari ke 2)



by
Unspinners


Sekian sahaja laporan direct telecast dari kami. Kes ditangguh ke esok pukul 9:30 pagi. Sesi soaljawab antara DPP dengan Saiful akan bersambung dan dijangka akan berkisar semasa Saiful diperiksa dan menerima rawatan. Mahkamah akan kembali ke tempat kejadian sekali lagi.

Anwar sedang bercakap dengan peguamnya. Wajahnya agak murung.

Jam 4:25 - Mahkamah ditangguh.

Karpal minta untuk pergi ke pejabat pentadbiran kondo tempat kejadian sekali lagi esok. Adakah untuk melambat-lambatkan mahkamah?.

Jam 4:20 - Public prosecutor menunjukkan alat besi yang digunakan untuk sampel dari dubur Saiful. Kelihatan Anwar tersenyum. Rupa macam dia punya anukah? Dia nampaknya sibuk menyalin nota sambil berlakun sakit dan cuba menenagkan jiwa.

Jam 4:08 - Saiful menerangkan bahawa Dr Osman Pusrawai menasihatkan dia pergi ke hospital kerajaan kerana Dr Osman kata Pusrawai tidak ada kelengkapan.

Hahahaha RPK kantol. Spin dia tak laku.

Dr Osman sendiri secara tidak langsung kata laporan dia tak lengkap. Baca juga blog Syed Akbar sini dan blog Dr Novandri.

Jam 4:07 - Saiful menyatakan kepada doktor yang memeriksanya di HKL iaitu Dr Daniel bahawa dia telah diliwat oleh Anwar

Jam 4:00 - Kemudian dia ke Hospital KL. Saiful terangkan apa yang dilalui semasa di HKL. Anwar terpopong gamam dan termenung melihat Saiful memberi keterangan.

Masa itulah dia pegang pinggang dan pura-pura sakit pinggang. Pemerhati dari para juri dari Academy of Motion Art and Science dilihat mencatit sesuatu dalam nota. Pasti ada harapan dicalun Academy Award untuk Pelakun terbaik tahun ini.

Jam 3:57 - Pada 26 Jun Saiful buat laporan di PUSRAWAI bersama TUAH, bapa saudaranya. DIa diperiksa oleh Dr Mohd Osaman Abd Hamid.


Jam 3:40 - Saiful ditunjukkan gambar CCTV seorang lelaki dalam lif oleh DPP. Dia mengaku itu adalah dirinya semasa datang dan balik.

Jam 3:34 - Perbicaraan bersambung. Hakim membuat keputusan tidak caj tuduhan hina mahkamah (contempt of court) terhadap Utusan Malaysia. Muka Karpal jadi monyok sepuloh sen. Dia bengang betul. Masih dengan hujah bahawa ini adalah hin amahkamah. Pasti paper lain lagi teruk. Saja nak kenakan Utusan. Hakim kata tak puas hati buatlah polis repot. Kata Ronnie tak percaya polis, buat apa DAP nak buat polis report kan?

Perbicaraan diteruskan dengan DPP menunjukkan gambar CCTV lokasi pada hari kejadian. Anwar kelihatan duduk beralaskan bantal. Dah mula berlakun sakit punggung pulak. Dia yang sodok punggung orang tapi punggung dia pulak sakit. Kak Wan buat apa malam tadi?


Jam 3:05 - Hakim minta rehat 5 minit untuk buat keputusan mengenai ini. Cross examination tidak mula lagi. Melarat sampai petang dah dapat tangguh.

Jam 2:55 - Kes patut bermual dengan cross examination tapi Karpak melalut sedikit mengadu mengenai laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bertajuk "Tak Rela diliwat lagi". Anwar Ibrahim kelihatan mengambil nota. Ianya cara untuk dia hilangkan gemuruh. Saiful masih dibilik menunggu untuk saksi.

Karpal nak perlecehkan mahkamah nampaknya. Pergi melalut jata Utusan dimiliki UMNO yang diketuai Najib. Berita itu berniat jahat dengan menyiarkan berita tersebut.

Jam 2:53 - Perbicaraan akan bermula semula.

Jam 2.25 - Anwar masuk ke kamar. DIa nampak runsingkan talipon Black berry tadi tertinggal.

----------------------

1:05 PM - Semua pihak sampai ke mahkamah. Hakim isytihat tangguh untuk makan tengahhari dan kembali pukul 2:30 tengahhari. HAVE A NICE LUNCH.

Jam 12:15-1:00 PM - Hakim bertanyakan macam mana keadaan bilik, langsir ditutup ke, cahaya dalam bilik, bilik air dan lain-lain. Saiful beri keterangan dari masuk post guard kondo hingga ke unit 11-5-1. Semasa di dalam bilik Saiful memberi demonstrasi bagaimana dia diliwat oleh Anwar. Selesai lebih kurang pada pukul 12:30 dan pulang.

AIDC melaporkan hakim dah pulang ke mahkamah tetapi patahbalik. Baca sini.

Jam 12.05 - Hakim, DPP, peguam dan pihak Saiful sampai. Semua sekali rombongan ada dalam 50 orang. Terdengar jeritan "dayus" dan "mangkuk ayun" terhadap Saiful.

Jam 11:51 - ANwar baru bertolak ke tempat kejadian. Menyamar kaki terhencut-hencut dengan ditolong pembantu. Nak berlakun minta kasihan ke? Pasti dida akan tuduh polis melakukan kekasaran. Kalau tak, dia akan buat cerita hakim tua tumbuk dia bila di apanggil lackey.

Harap diberi polis escort. Nanti dia akan sengaja buat kemalangan dan minta tunda bicara.

Jam 11.50 - Hakim, para peguam dan SAIFUL bertolak melawat tempat kejadian di Bukit Damansara.

Bicara dalam tertutup tamat dan kami akan usaha cari apa yang dikata oleh Saiful tadi.

Sementara itu, kami ingin berkongsi petikan laporan berita mengenai kata-kata DPP semalam:
"The prosecution says they will establish the sodomy charge against Anwar beyond reasonable doubt. They contend that they will prove the case from direct evidence from Mohd Saiful and forensic testimony from doctors and chemists." (The Star Online)
Selama ini kami ingat, pihak pendakwa ada hanya bukti forensic tapi rupanya direct evidence.

Apakah direct evidence tersebut? Adakah laporan HKL menunjukkan ada tanda? Kita tahu PKR mahu menipu dan buat permainan persepsi menggunakan laporan Pusrawi. Kalau benar ada direct evidence, keadaan Anwar susah.

Anwar Ibrahim perlu bertaubat. Betulkan peguambela Karpal Singh????

Jam 11.00 - Hakim, DPP dan peguambela dilihat bergerak ke tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara.

Jam 10:54 - Saiful selesai memberi keterangan. Butiran kami belum dapat. Namun demikian, beliau nampak lega dan yakin seolah-olah telah mendedahkan sesuatu perkara yang akan membuktikan kebenaran.

Jam 10:50 - Seorang rakan menerangkan Kami kenapa Anwar takut dihadapkan ke High Court terus. Kalau disahkan salah, dia akan terus pindah balik ke rumah lama di Sg Buloh. Sebarang appeal dibuat dari dalam.

Kalau di peringkat Sesyen Court, dia boleh berada di luar sementara menunggu appeal dan seterusnya sebelaum menjalani hukuman. Betulkah tidak?

Sementara menunggu maklumat terbaru, kami ingin berkongsi maklumat yang diterima melalui email tentang satu mesyuarat penting yang akan diadakan oleh PKR yang melibatkan semua Pengerusi Setiausaha MPN, dan Ketua2 dan Setiausaha2 Cabang di sebuah hotel di Shah Alam.

Mesyuarat adalah pagi Sabtu dan tertutup. Tujuannya apa lagi kalau tidak nak buat propaganda kata kes ini konspirasi. Caranya adalah cuba mengungkit kes lama yang berlainan pemain, waktu, kes dan orang2nya melainkan Anwar dan peguam2nya.

Dipercayai PKR sedang merancang rusuhan dan berusaha sampai dapat menggambarkan polis ke kacamata dunia sebagai zalim dan kasar. Sadis betul orang-orrang Mat Leather yang merancang mereka dipukul dan kasari.

Kami rasa PKR sudah terdesak. Penyokong tak datang ramai2 ke Mahkamah. Malam tadi briefing di HQ PKR tak ada orang ramai, melainkan wartawan dan aktivis PKR.

Jam 1030 - Saiful masuk kamar dengan tenang. Anwar dalam kandang saksi memerhati dengan tajam kepada saiful. Rasanya bukan pandangan bernafsu. Nakpak agak tertekan. DUlu dia tekan orang, takpa sekarang dia tertekan.

Jam 10:25 Anwar masuk kandang saksi dengan keadaan agak stress sambil menghantar SMS mengguna Blackberry Bold (advertisement). Mungkin SMS kepada Wan Azizah terus membohong isterinya dia tidak pernah meliwat dan dia tidak gay. Bicara bermula.

Jam 1010 - Saiful di bilik saksi dan kelihatan berbual dengan bapa sambil mendengar walkman lagu 'Semerah Padi' untuk memberi semangat. Keyakinan penuh nampak terpancar di wajah Saiful setelah banyak nasihat diberi oleh bapa, lawyer, Investigating Officer (IO) dan Deputy Public Prosecutor (DPP). Bicara belum mula dan tunggu dipanggil.

Jam 10:00 - Anwar masuk dgn senyuman yg terserlah kerisauan. Tak senyum tak boleh. Nak senyum tak pandai.

Jam 9:50 - Anwar berbincang dengan Karpal Singh, dan Sankara Nair. Dari raik wajah, kelihatan timbul kerisauan berhubung pembelaan kesnya. Perbincanngan sangat serius. Ini beberapa ketika sebelum keterangan Saiful.

Kehadhiran setakat pukul 9:30 pagi tadi, hanya kelihatan dalam 30 orang wartwan di dalam lobi mahkamah yang mana kebanyakkan adalah wartawan. Di luar lobi pun dalam 30 penyokong termasuk Zuraidah Kamarauddin. So please la ... Don't touch her. She is no pretty also.

Tempat-tempat lain pun begitu juga keadaan.

Jam 0936 - Anwar masuk kamar. Kelihatan serabut. Nampak macam tenang, tapi agak stress mukanya yang kelihatan agak merah. Saiful pula asyik dengar walkman mungkin dengar surah yassin mencari ketenangan.

Jam 0935 - Sankara Nair agak kelam kabut melihat akhbar utusan mengenai artikel kes Anwar. Mungkin dia fikir memalukan defense seorang pesalah.

Jam 0930 - Karpal sampai depan kamar. Kelihatan macam keliru untuk menghadapi apa lagi kenyataan saiful sebentar lagi.

Jam 0915 - Saiful sampai ditemani bapa dan lawyer dengan tenang dan confiden

Mahkamah akan berlangsung tanpa penuntun di bawah kamera antara hakim, peguam2, Anwar dan Saiful. Kita akan cuba siarkan seberapa makluamt yang dapat.




* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger