The MALINDO DEFENCE Daily

Wednesday, February 17, 2010

TIGA PULUH JUTA BERGANTUNG PADA SATU LUBANG



commentary:  Hishamuddin Rais, well know as a student leader, together with Anwar during his University Malaya and also MCKK days... has been on the ISA list as far as i can remember...i am not surprise if he comes out something bias towards the opposition leader...well, his writing is something that you can read like the comic and horoscope section in the newspaper, as it is for entertainment only....


Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada  lubang jubur si Saiful. Udara dari sebiji lubang ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

Hishamuddin Rais 
Akhirnnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Ini kes ulang buat. Dalam dunia  filem  ulang buat ini bukan satu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap  berjaya  dari hasil jualan tiket.
King Kong -  pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada tahun 1976 dengan Minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong.  Apabila teknoloji komputer berkembang sekali lagi  King Kong  diulang buat pada tahun 2005.
Psycho – klasik seram - dari kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam puteh pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda Gus Van Sant mengulang buat pada tahun 1998. Ulang buat dari kerja  Mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni  Mamat Gemok Alfred Hitchcok. Malah dari filem hitam puteh  - Psycho telah menjadi berwarna berwarni.
Sayangnya kebanyakan  filem diulang buat ini menjadi  kantoi dan gagal.  Psycho  yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh. Nasib baik pengarah Mamat Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu.  Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005  juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan  kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.
Malah,  apabila ada sahaja desas desus sesebuah filem ingin diulang buat akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada  pengarah yang akan menyurokkan muka  ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.
Warga Malaysia kembali belabon,  bersembang  dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya   satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Ini juga satu kes  kerja  ulang buat.
Tema sandiwara ulang buat ini  cukup senang untuk difahami:
Anwar Ibrahim wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara. Ini kerana Anwar telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan diantara Parti Keadilan Rakyat, Demokratic Action Party  dan Parti Islam.
Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan Barisan Nasional untuk mentabir Malaysia.
Pilihanraya 8hb March 2008 yang lalu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Dari nisbah  kiraaan undi, terbukti  majoriti rakyat Malaysia  telah memilih Pakatan Rakyat. Ini menjadikan para gerombolan dalam Barisan Nasional terpaksa menahan kentut marah.
Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan.  Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirassi ini bertujuan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Khalas. Period. Finito. The End. Fin.
Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan maka segala malaon dan pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia maka segala kerja-kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka - kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.
Justeru kerana takutkan balasan ini - tidak dapat tidak  -  Anwar Ibrahim wajib dipenjarakan sekali lagi.  Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar Ibrahim masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.
Kes ulang buat sama seperti kes dalam  tahun 1998 dahulu. Seorang  protoganis baru  telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dailok/kata bual. Dialok kali ini dilihat agak  gempaq. Banyak  dialok telah diubah suai dan  diperbaiki dari  kelam kelabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Nordin. Yang baru  datang hanya   si Pereka set, si Tukang lampu dan  para Pak Pacak.
Manakala yang  dibelakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai  orang-orang  jahat ini  hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat  ‘the last bottom show’.  Jika kerja jahat ini gagal  mereka juga akan  turut mati oleh serangan bom kentut berjuta-berjuta   rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.
Awas – warga Malaysia wajib sedar – dibelakang semua ini ialah Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar  jika Anwar tidak dipenjara maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok.  Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir  dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis – dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.
Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri   akan tenggelam lemas  dalam air ludah rakyat Malaysia.  Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk bininya. Semua kerja-kerja  jahat Mahafiraun ini bertujuan  untuk memastikan  Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir  Malaysia.
Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada tahun 1960 dahulu – dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris orang ramai dan  kaki wayang datang untuk mengintai  buah dada Janet Leigh yang basah dan mongel dalam babak mandi sebelum  dia dibunuh oleh Mister Bates  - Anthony Perkins.

Apabila Psycho diulang buat tak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ianya  dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan. Pekara yang sama sedang berlaku kepada kes Anwar Ibrahim. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di Mahkamah Jalan  Duta kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.
Sebenarnya warga Malaysia merasa  hiba dan pilu bukan untuk Anwar Ibrahim tetapi untuk pakar  konspirasi yang dilihat amat bodoh dan bangang. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih diatas kebodohan pihak yang merancang konpirasi ini.
Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah 30 juta  sedang terumbang ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang  bergantung kepada satu  lubung  - lubang jubur si Saifol.
Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Lubang sedap Saiful adalah talian hayat untuk Najib Razak. Lubang sedap si  Saiful adalah perancang garis eknomi negara kita. Naik  turunya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan taik dalam lubang jubur Saifol. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya taik si Saifol dapat berkumpul dalam lubang juburnya.
Dalam sejarah tamadun dunia  pekara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan  dari serangan Mongol bukan melalui  lubang jubur tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui lubang jubur tetapi melalui ilmu dan falsafah.
Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas  negara kita hari ini.  Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul - bunyinya amat lucah dan meloyakan.  Loya lagi meloyakan. Malu lagi memualkan. Porno lagi menjijikan.
Lucah dan meloyakan terjadi  kerana pada ketika ini  United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat  dengan menghidu rapat kepada  lubang jubur  si Saiful. Udara dari sebiji lubang ini diharapkan akan menyambung kembali  nyawa United Malays National Organisation.
Kita tunggu dan lihat apabila lubang jubur si Saifol ini terbarai setelah tidak terberak selama 52 tahun.  Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Isi-isi dari lubang jubur ini akan bertaburan.  Ketawa salah hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger