The MALINDO DEFENCE Daily

Wednesday, March 10, 2010

Anwar Ibrahim Stance on "ALLAH"







Baru Daniel faham kenapa Anwar sanggup melacurkan kalimah Allah kepada penganut agama lain. Rupa-rupanya beliau memang bersifat sedemikian sejak dahulu lagi semata-mata kerana ingin popular di kalangan orang bukan Islam.

Tambahan lagi beliau mahu dilihat sebagai seorang muslim yang liberal di seluruh dunia terutamanya di negara seberang tambak dan di negara Uncle Sam, Amerika Syarikat.

Hal ini dibuktikan dalam ceramah beliau yang bertajuk 'Masa Depan Islam di Malaysia' di Marina Mandarin Singapura pada tahun 1989. Seperti yang ditulis dalam laporan berita di atas.

Dalam ceramah itu beliau membentangkan wawasannya tentang masa depan Islam di Malaysia tidak hanya ditentukan oleh orang Islam tetapi juga bukan Islam. Di hadapan intelektual Singapura beliau tampak lebih liberal tentang soal agama dan bermuka-muka.

Menurut beliau lagi orang Islam perlu menghormati kebebasan masyarakat untuk bersetuju atau sebaliknya:malah mempersoalkan asas dasar penerapan nilai-nilai Islam. Pendirian ini bagi Daniel menjadi asas untuk Anwar membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

Tambah sadis lagi apabila Anwar terang-terangan tidak mahu menggunakan label Islam dalam pemerintahan tetapi hanya mahu mementingkan keadilan kepada semua orang walaupun dalam konteks kalimah Allah itu hanya milik mutlak penganut agama Islam.

Keadilan apa yang diperjuangkan?

Dalam ucapan beliau itu lagi beliau berkata adalah lebih baik untuk membincangkan isu dan rancangan yang dilaksanakan seperti Bank Islam dan Universiti Islam daripada kemungkinan Malaysia menjadi sebuah 'negara Islam'.

Begitulah sedikit sebanyak ucapan Anwar yang jelas bermatlamat untuk mengambil hati masyarakat bukan Islam di Singapura.

Hal ini pernah diulas dan dikritik oleh pimpinan PAS pada tahun 1989 tetapi pendirian Anwar yang liberal dan tidak berubah ini dihalalkan serta dilupakan mereka tatkala Anwar telah membantu mereka menang pada pilihanraya umum yang lalu.

Adakah pemimpin yang bisa melacurkan agama dan pendirian kerana ingin popular di kalangan orang bukan Islam ini akan kita tabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Daniel persilakan untuk ahlul-ahlul PAS berfikir mengenai perkara ini. Takkan kerana kuasa akan kita halalkan semuanya.
 


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger