The MALINDO DEFENCE Daily

Friday, March 12, 2010

Penyokong PAS akan hukum pemimpin tak konsisten perjuang isu Islam





by Haspaizi Mohd Zain



11 MAC — PAS baru saja menyambut ulang tahun kedua kerajaan pakatan pembangkang yang menggabungkan parti itu bersama sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dua tahun bukanlah waktu singkat dan dalam tempoh itu, pelbagai ‘drama politik’ berlaku di negara ini, bermula dengan tindakan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui gerakan 16 September, sehinggalah kepada tindakan beberapa wakil rakyat meninggalkan PKR.
Namun dalam masa dua tahun juga ia turut menguji keutuhan PAS, apabila kepemimpinan parti itu di Perak melalui kerajaan campuran tidak kekal lama setelah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan seorang Adun DAP meninggalkan parti hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan.
Apa yang PASti, dalam tempoh dua tahun ini kita menyaksikan PAS kehilangan taringnya kepada PKR dan DAP. Jika sebelum ini parti itu menjadi sebuah parti yang lantang memperjuangkan dasar Islam, kini ia menjadi parti ‘pak turut’ mengikut saja telunjuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sepatutnya dua tahun sudah cukup untuk PAS mengkaji kembali kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang, apatah lagi ketika bahtera yang mereka tumpang untuk menuju ke Putrajaya kini mengalami kerosakan teruk apabila satu demi satu anak kapal mereka mula melarikan diri.
PAS pula kini menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP malah sanggup mengikut jejak langkah rakan mereka walaupun terpaksa menggadaikan dasar yang menjadi pegangan parti itu. Ini terbukti apabila PAS Kelantan sanggup membatalkan sambutan maulidur rasul bagi mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang.
Malah PAS juga dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Ada kala PAS senada dengan apa yang dilaungkan Umno dan ada kalanya ia mengikut rentak rakannya daripada PKR, ini semua kerana mahu mengaburi mata rakyat yang kononnya mereka senada dan seirama.
Sudah tiba masanya untuk pemimpin PAS sedar akan keupayaan mereka sebagai sebuah parti pembangkang yang tidak perlu menumpang mana-mana parti. Sepanjang usianya PAS mampu menghadapi segala dugaan dan tetap utuh bertahan walaupun beberapa parti sebelum ini seperti Semangat 46, berkubur.
Tetapi mengapa selePAS kewujudan PKR, PAS menjadi penumpang kepada kapal yang dibina mereka. Pemimpin PAS perlu ingat dasar dan perjuangan mereka jauh berbeza berbanding PKR, malah majoriti ahli PAS juga tidak setuju dengan tindakan parti itu yang terlalu mengikut telunjuk PKR dan DAP.
Dasar perjuangan Islam yang dilaungkan PAS kini juga semakin terhakis, malah tindakan mereka juga tidak menggambarkan Islam yang didaulatkan. Ahli PAS pada peringkat bawah sedang memerhati gerak geri pemimpin mereka, jika tersilap langkah mereka akan dihukum.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata kerjasama PAS bersama pakatan dilihat banyak menyekat perkembangan ideologi parti itu.
Katanya, PAS masih tidak bahagia walaupun mereka bersama pakatan pembangkang dan boleh diibaratkan sebagai tidur sebantal namun mimpi lain-lain dan apa yang PASti kerjasama pakatan terbabit amat merugikan PAS kerana parti itu mampu berdiri tanpa disokong oleh parti lain.
“Parti yang ada dalam pakatan ini memperjuangkan ideologi masing-masing, mereka masih belum ada kesepakatan. Walaupun dalam beberapa isu mereka cuba untuk bermuafakat tetapi gagal dan apa yang PASti ketiga-tiga parti berkenaan hanya bersama sewaktu pilihan raya saja.
“PAS gagal untuk mengembangkan ideologinya. Contohnya, apa yang berlaku di Selangor. Bagaimana Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, terpaksa berdepan tindakan disiplin apabila mempertahankan dasarnya, begitu juga di Pulau Pinang, DAP membawa ideologinya tanpa memikirkan nasib orang lain,” katanya.
Dalam tempoh dua tahun PAS khususnya dan pakatan pembangkang amnya, tidak mampu membawa sumbangan kepada pembangunan negara dan rakyat. Tiada dasar yang jelas diperjuangkan mereka untuk membawa perubahan kepada rakyat melainkan usaha membawa Anwar ke Putrajaya.
Sudah tiba masanya untuk PAS mengkaji kembali kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang. PAS tidak sepatutnya menjadi penumpang dalam pakatan itu, sebaliknya perlu mengepalai pakatan berkenaan. Jangan hanya kerana impian yang belum PASti PAS menggadai prinsip yang dipertahankan selama ini.
Sekiranya PAS mahu dilihat terus rasional oleh rakyat dan juga ahlinya, mereka perlu kembali kepada paksi asal parti berkenaan. Jika PAS tidak konsisten terutama dalam memperjuangkan isu Islam, lambat laun mereka akan dihukum oleh penyokong sendiri. — Berita Harian



* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified. To share the above article, please click the followings:
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
 

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger