Yang saya hormati YAB Datuk Seri Perdana Menteri,
Saya sebenarnya sudah bersedia untuk masuk tidur selepas pulang ke rumah hampir jam 12 malam tadi setelah seharian membanting tulang mencari rezeki di pusat bandar Kuala Lumpur.
Namun hasrat saya terbantut bila saya terbaca ulasan Datuk Seri tentang kenaikan kos sara hidup, dan tindakan segera Datuk Seri untuk menubuhkan sebuah "makmal khas" bagi "mengkaji serta merangka langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah ini", memetik kata-kata Datuk Seri sendiri.
Saya amat berharap agar ayat klise sebegitu tidaklah memberikan gambaran betapa jauhnya hati sanubari Datuk Seri dari denyut nadi urat jantung rakyat jalanan.
Suka saya sampaikan kepada Datuk Seri bahawa datuk saudara saya, Tok Da Musa di Peringat, bapa saudara saya Pak Teh Said di Darau, Besut, jiran emak saya Maksu Minah di Demit, Kelantan, Ustaz Wan di Lubok Bongor, Jerimbong, Pak Mat Gedebe di Kg Alor Melaka Pulai Chondong, bahkan Ah Yee mekanik saya di Kg Sg Penchala dan Maniam yang jaga parkir di tempat saya kerja, sah-sah semuanya tidak akan faham sepatah haram pun tentang apa yang Datuk Seri sebutkan tentang makmal itu.
Sedangkan mereka dan kawan-kawan yang sekutu dengan merekalah yang terjejas teruk dengan kegilaan kenaikan harga barang dan kos sara hidup sejak beberapa bulan ini.
Yang teruk 'kow-kow' terjejas dengan kenaikan harga barang dan keseluruhan kos hidup ini ialah orang-orang kampung, golongan pekerja bawahan yang menjadi setinggan di bandar-bandar, golongan berpendapatan (dan biasanya berpelajaran) rendah dan sebagainya. Mereka ini jugalah yang telah terkinja-kinja dan teruja sekali bangkit mengundi dan menyokong Umno dan BN semasa PRU13 baru-baru ini kerana termakan budi dengan BR1M di sana sini, dan janji Datuk Seri dan pemimpin BN dan Umno yang lain, bahawa "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Selepas PRU, nampaknya golongan inilah yang pertama sekali terkena badai taufan (bukan tempias lagi) kenaikan harga barang satu persatu saban hari.
Selepas menderita kenaikan kos hidup sana sini, tiba-tiba Datuk Seri datang bercakap tentang makmal itu dan ini, yang akan diterajui pula Pemandu yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala, yang suatu masa dulu pernah disindir sebagai "being able to give a slick Powerpoint presentation" oleh seorang ahli parlimen BN sendiri.
Bahasa ‘makmal’ dan ‘kajian’ ini tidak mungkin akan difahami oleh golongan sasar ini, Datuk Seri. Bagi mereka, istilah makmal ini seolah membawa maksud main-main sahaja. Yalah, yang mereka tahu tentang makmal ini ialah bila anak mereka kena bawa lipas atau benih pokok ke sekolah untuk pelajaran makmal sains. Sedangkan keperitan hidup yang mereka tanggung adalah 'real' dan sungguh sungguh, bukan main-main dan ‘terkawal’ macam dalam makmal itu.
Tambahan pula bagi mereka, tak perlulah kaji-kaji lagi. Terus buat sahaja. Segala bukti sudah ada depan mata. Segala sengsara sudah tidak terucap dek kata-kata. Pergi sahaja ke pasar malam atau pasar tani, atau ke Econsave, tentu suara-suara ini akan kedengaran lantang oleh telinga yang mahu mendengar.
Bagi rakyat yang ada sedikit pelajaran sahaja pun, mereka tahu bahawa senario di dalam makmal jauh bezanya dengan senario alam realiti. Di dalam makmal semua ‘variables’ boleh dikawal. Bahkan anak saya saya baru tamat darjah enam pun tahu bahawa di dalam ‘setting’ makmal, ‘constant variables’ dan ‘manipulated variables’ boleh dikawal sebegitu rupa untuk menghasilkan ‘responding variables’ seperti yang dikehendaki.
Sedangkan kehidupan rutin harian rakyat jelata adalah penuh dengan ‘variables’ luar kawalan yang datang silih berganti tanpa mengira waktu. Kalau Datuk Seri pernah baca mengenai Lahuma dan Jeha di dalam Ranjau Sepanjang Jalan, tentu Datuk Seri akan faham maksud saya.
Mungkin bukan salah Datuk Seri kerana Datuk Seri dilahirkan sebagai seorang anak bangsawan. Arwah Tun Razak adalah Orang Kaya Indera Syahbandar ke-10, manakala Datuk Seri sendiri adalah penyandang gelaran itu yang ke-11. Rakyat jelata bukan orang bangsawan. Bahkan mereka adalah orang yang bangsat dan melarat sejak dari zaman Tok Wan mereka lagi.
Saya tahu Datuk Seri serius dalam menangani masalah rakyat. Cuma harapan saya, Datuk Seri pilihlah bahasa yang sesuai untuk berinteraksi dengan rakyat marhaen. Tidak payahlah Datuk Seri menggunapakai istilah yang hanya difahami oleh orang yang 'urbane' dan lulusan Cambridge sahaja. Mereka ini, cutinya di Tuscany atau di Johannesburg. Pasar malam mereka adalah di Harrods. Sedangkan rakyat yang terhimpit dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi ini, cuti mereka ialah bila ramai-ramai naik Viva untuk balik kampung jumpa atok dan nenek di Ayer Lanas. Itu pun sebulan mengikat perut untuk belanja minyak dan tol. Shopping Mall mereka pula adalah di Pasar Malam Paya Jaras sahaja.
Bercakaplah dalam bahasa mereka. Lakukanlah sahaja apa yang berada dalam bidang kuasa Datuk Seri. Yang rakyat mahu ialah tindakan segera, bukan lagi kajian makmal sana sini. Tentu mereka akan tabik hormat kepada Datuk Seri sebagai Perdana Menteri.
- Posted using BlogPress from my iPhone 5s
while having my local black coffee "Hang Tuah"...with local hard "benggali" biscuit after dinner... this is my personal observation and analysis of the local political landscape... what been said in the main stream media and what is not is the most important of all is to unspin the spinner...
The MALINDO DEFENCE Daily
Tuesday, December 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1Malaysia
(9)
Abdullah Badawi
(1)
affair
(1)
Allah
(8)
Alliance
(1)
altantuya
(1)
alternative
(1)
Anwar Ibrahim
(2)
article 153
(5)
australia
(2)
BN
(13)
boycott
(1)
british
(1)
bumi
(2)
chinese
(2)
clause 2.2
(3)
colonial
(1)
constitution
(10)
danby
(1)
DAP
(19)
defense
(1)
discrimination
(1)
DNA
(1)
DPMM
(1)
DSAI
(43)
DSNR
(5)
economy
(2)
education
(1)
engine
(1)
F-5E/F
(1)
Father as cadet At King Edward VIII circa 1964
(1)
FDI
(1)
financial
(1)
flotilla
(3)
gaza
(1)
Gerakan
(1)
Gobalakrisnana
(1)
harakah
(1)
Hulu Selangor
(1)
Ibrahim Ali
(1)
IDF
(1)
IMF
(1)
interfaith
(1)
Iraq
(1)
Islam
(4)
JJ
(1)
Johor
(1)
judge
(2)
KadirJasin
(1)
karpal
(1)
Kelantan
(1)
ketuanan
(1)
kiasu
(1)
KJ
(5)
Ku Li
(1)
Law
(1)
LGE
(12)
liberal
(1)
LKS
(9)
MACC
(1)
Mahathir
(3)
malay
(22)
Malaya
(2)
Malaysia
(2)
MCA
(4)
MCKK
(1)
meb
(1)
melayu
(4)
Mindef
(1)
MP
(2)
MPM
(3)
najib
(5)
Nasir Safar
(1)
nazri chief
(1)
Nazrin
(1)
NEM
(3)
NEP
(21)
nga
(1)
ngo
(3)
nik aziz
(1)
nizar
(5)
NKRA
(2)
nurul Izzah
(1)
nut graph
(1)
PAP
(1)
parliament
(3)
PAS
(13)
Pemuda
(4)
Penang
(9)
Perak
(8)
perkasa
(11)
Pete
(1)
petroleum
(1)
PKR
(22)
ponder
(1)
PR
(29)
Pulau Pinang
(1)
races
(1)
racist
(3)
reid
(2)
religion
(1)
reuters
(1)
rights
(1)
RLC
(1)
rmc
(2)
RMN
(1)
RPK
(9)
russia
(1)
sabah
(1)
saddam
(1)
sarawak
(1)
SBA
(2)
Singapore
(2)
sodomy
(15)
submarine
(1)
sukhoi
(2)
TAR
(2)
TDM
(10)
tony pua
(1)
TRH
(1)
TSMY
(1)
UMNO
(29)
USA
(2)
Utusan
(1)
vietnam
(1)
WMD
(1)
women
(1)
Zaid
(1)
Zambry
(2)
zulkifli nordin
(7)
No comments:
Post a Comment
Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...