The MALINDO DEFENCE Daily

Wednesday, February 10, 2010

Wadah baru politik Islam membebaskan fikiran


Print E-mail
Columnists
Written by Faisal Mustaffa   

Di Malaysia, perkataan ‘liberal’ sering dianggap sebagai satu fahaman menyimpang dari ajaran Islam – sehingga anggapan liberalisme itu seolah-olah sesat dari ajaran Islam.

Liberal dianggap kehidupan hedonis yakni liar, suka berhibur, meminum arak serta mengamal budaya Barat yang dipandang sebagai kurang berakhlak. Pemikir dan pembawa idealisme itu pula dicemuh sebagai pembawa budaya pemikiran bebas dan songsang.
Ketakutan liberalisme di dalam Islam ditakut-takutkan kerana fahaman inilah yang diterima dalam masyarakat majmuk seperti di negara ini.
Di Malaysia, masyarakat Melayu yang berjumlah 51% penduduk adalah rata-rata penganut agama Islam manakala masyarakat Cina berkepercayaan Tao-Buddha atau Kristian (27%), India, Hindu atau Kristian (8%) dan selebihnya bangsa-bangsa lain dengan kepercayaan agama-agama lain.
Merujuk kepada ‘kitab’ Perlembagaan Malaysia, ciri-ciri Melayu ditafsirkan secara mutlak. Menurut artikel tersebut, Melayu ialah mereka yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan memegang kepada adat resam Melayu.
 
Yang kurang Melayunya


Bagaimana pula dengan seorang Melayu yang tidak sembahyang atau berpuasa pada bulan Ramadhan?

Atau seorang Melayu yang tidak membayar zakat (kecuali bagi golongan kurang berkemampuan), yang tidak menunaikan fardu haji sebagaimana dituntut oleh rukun Islam ke atas mereka yang terdaya?
Adakah menggelarkan ibu ‘mummy’ akan melunturkan sifat keMelayuan seseorang itu?
Adakah mereka yang bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah tidak lagi dianggap Melayu kerana orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu?

Berbalik lagi kepada Artikel 160, mereka yang berpakaian pyjama untuk tidur dan makan malam dengan menggunakan sudu-garfu nampaknya sudah melanggar adat resam Melayu.

Barangkali keMelayuan mereka ini secara automatik gugur, ya?
Orang Melayu di Malaysia mesti Islam, tetapi orang Islam tidak semestinya Melayu dan amalan golongan Muslim di negara-negara lain – jika dibandingkan – kurang tidak mengandungi unsur-unsur paksaan ras dan politik.


Lebih terbuka di Turki dan Indonesia

Apakah bentuk sebuah negara Islam, misalannya yang diketengahkan oleh PAS?
Islam liberal menggalakkan kebebasan dan keterbukaan. Islam liberal pula memperkenalkan “Islam demokrat”.
Perbezaan awal antara Islam yang didokong oleh puak ortodoks dengan Islam liberal yang sudahpun menjalani dasar keterbukaan boleh diteliti pada contoh politik Turki di mana kita mempunyai Perdana Menteri Ayyip Erdo?an dan mantan gurunya Necmeddin Erbakan.
Erbakan merupakan seorang yang anti-Barat manakala Erdogan berorientasikan Kesatuan Eropah yang menjanakan dasar keterbukaan. Erdogan mampu menarik perhatian rakyat Turki melalui Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP).
Di Indonesia pula, parti Islam baru, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) bersama Partai Demokrat menjadi wadah baru dalam politik Islam. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berada di bawah lembayung Partai Demokrat. Gabungan ini membawa pemahamam liberalisme di dalam praktis mereka.
Tafsiran dan definisi Islam liberal seharusnya diperbetulkan agar masyarakat Muslim di negara ini tidak lagi memiliki persepsi serong dan negatif terhadap istilah tersebut.

Apa yang diistilahkan melalui Islam liberal bukanlah dimaksudkan dengan ajaran Islam itu sendiri atau bermaksud memisahkan Islam menjadi liberal dan tidak liberal. Istilah tersebut sebetulnya bertujuan untuk membuka dan membebaskan aliran serta gaya berfikir umat Islam.
Dalam erti kata lain, istilah Islam liberal itu pada asasnya bermakna pendekatan pemikiran seseorang Muslim atau pemahaman Islamnya yang bersifat sederhana, bebas dan penuh keterbukaan. Ianya juga boleh dikaitkan dengan istilah Islam progresif, Islam tanwiri (pencerahan) dan juga Islam madani.

Sifat Islam sendiri ialah syumul
Menurut Prof Mohamad Abu Bakar, paradoks yang membelenggu masyarakat Islam menjadi rumit apabila mengalami tekanan.
Mereka hilang perpektif atau bercakaran antara satu sama lain apabila ada pihak mula bersifat terbuka – umpama pengayuh basikal yang mengayuh dengan sepenuh tenaga mendaki bukit, dan apabila tiba di puncaknya, pengayuh tersebut akan melepaskan kayuhan dan basikal akan menayuh dengan pecutan.
Pemahaman mengenai Islam menjadi sukar kerana ada beberapa pihak yang enggan bersifat terbuka sehingga Islam itu sendiri telah hilang momentumnya. Sifat Islam sendiri syumul atau sejagat, dan perlu diarahkan supaya ianya diterima oleh semua lapisan masyarakat sungguhpun bukan dari agama Islam itu sendiri.
Pada zaman lampau, gerakan mubaligh kuno dan jurisprudens Islam faham akan konsep aulawiyat dengan tidak mengabaikan isu-isu dan masalah-masalah kecil.

Pada masa yang sama mereka ini memperkukuhkan identiti mereka seperti pertikaian di dalam amalan (furu’), bid’ah dan sebagainya, yang mana perkara-perkara ini telahpun diperbincangkan dan diselesaikan oleh ulama-ulama ratusan tahun yang lalu.
Oleh yang demikian, reformasi dengan fahaman liberalisme ini dinampak seperti tentangan kepada fundamentalis dan keupayaan ini dianggap ancaman kepada masyarakat plural seperti Malaysia.
Sebab itulah, dikira fahaman ini perlu lebih banyak diterapkan di dalam jurnal-jurnal akademik mahupun bukan-akademik agar Islam secara keseluruhan dapat diterima dan diamalkan.



* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger