The MALINDO DEFENCE Daily

Monday, February 8, 2010

Nasihat tentang liwat


Takut mati kebuluran
kerana spesis kaum
cinta sejenis


Oleh Shanon Shah

shanonshah@thenutgraph.com
 
MINGGU lepas, saya memang pening kepala mencari idea untuk kolum saya kali ini. Tiba-tiba, setelah berjam-jam melayari internet, saya terjumpa satu laman web baru, www.tepikain.com, yang berkisarkan hiburan, gaya hidup, dan kemusykilan agama. Saya tertarik dengan ruangan nasihat untuk minggu tersebut. Saya rasa baik saya muatkan semula di sini kandungan soalan utamanya, sebab ia mungkin dapat menjadi teladan untuk kita semua, wallahualam:


Assalamualaikum Kak Nora,
Saya sekarang menghadapi dilema. Saya ada dua orang sahabat karib, A dan B, dua-duanya lelaki. Isunya rumit, kak.
A ini macam ada hati dengan B. Dan A merupakan majikan kepada B. Tambah-tambah pula, A sebenarnya sudah berkahwin dan B sudah bertunang. Bulan lepas, B mendedahkan kepada saya yang A telah meliwatnya! B mendakwa A telah menjemputnya ke sebuah kondominium mewah dan meminta untuk meliwatnya dengan menggunakan kata lucah dalam bahasa Inggeris. B kata dia marah dan takut, tetapi terpaksa akur sebab A sudah mengamuk.
Sekarang B berkata dia mahu mendedahkan A kepada seluruh media massa dan mengheret A ke mahkamah. Dia bersumpah di atas Al Quran depan saya, kak.
Saya sudah keliru. Saya memang tidak mahu campurtangan sebab saya rasa memang kedua-dua A dan B mengada sikit. Tapi hati kecil saya bertanya, kalau betul B diliwat secara paksa bagaimana? Bukankah ini satu dosa besar, kak? Dan bukankah saya bersubahat jika saya terlibat dalam apa cara sekalipun?

Dan kak, saya sekarang memang terfikir-fikir kalaulah A dan B ini daripada spesis kaum cinta sejenis. Sampai saya dah tak berselera nak makan. Tolonglah saya, kak. Saya tak mahu lama-lama sakit anorexia dan mati kebuluran.

Deq Non
Tivoli Villa, Damansara



Wahai Deq Non yang prihatin,
Pertama sekali, akak rasa orang zaman sekarang memang kurang beradab, kan? Contohnya, kalaulah betul si A menaruh hati terhadap si B, adakah patut A bertanya, "Can I [tebuk] you?" Sungguh tidak sopan. Bagi salam pun tidak, hidang kuih pun tidak, tiba-tiba nak beromen pulak.
Tak bolehkah nyatakan hasrat dengan manis sikit? Akak boleh cadangkan beberapa alternatif untuk rujukan si A pada masa depan:
"Kepala I peninglah, boleh you tolong picit sikit?"
"You nampak letih — tak nak baring dulu?"
"Jomlah kita baca marhaban sama-sama."
Atau habis teruk kalau nak tayang sangat kefasihan speaking the London, boleh juga A melembutkan permintaannya dengan menambah hanya satu perkataan:
ting tong

Lembutkanlah permintaan ini dengan "please"
"Can I [ting tong] you, please?"
Tapi nampaknya dalam era globalisasi dan keruntuhan akhlak yang diterajui oleh Barat yang hina, orang Melayu zaman sekarang sudah lupa budi bahasa. Nauzubillah.
Dan itu baru si A. Apa pula jawapan si B? "Tak nak, you! I marah dan takut, okay?" Kemudian terus menanggalkan baju, berkemban dengan tuala, dan menaiki ranjang menanti serangan hendap?
Si B sebenarnya ada beberapa alternatif jika "diserang" dengan begitu biadab oleh A, contohnya:
"You dah ter-over, bang. I cakap dengan bini you baru tau."
"Kepala hotak engkau!"
"Nak kena penumbuk?"
"Aku penyekkan barang kemas kau, baru tahu."
Lainlah kalau B memang seronok diperlakukan dengan ganas. Kalau begitu, dia tidak perlu berkata apa-apa. Mulutnya boleh dipakai untuk pekerjaan lain yang akak rasa tidak manis disebut dalam ruangan suci ini.
Bak kata the orang-orang London, ini semua common sense belaka. Pendapat peribadi akak, benda ini tidak perlu dihadapkan di mahkamah, atau dibincang dengan panjang lebar di muka hadapan suratkhabar, atau disumpah laknat atas kitab suci Al Quran.
Tapi Deq Non sekarang risau bagaimana kalau ini bukan lagi kes mengurat tetapi satu kes rogol? Bukankah rogol itu satu jenayah dan dosa yang keji?
Akak setuju 100%. Kalau ini kes rogol, maka memang B perlu bertindak segera supaya mendapat keadilan. Contohnya, membuat laporan polis dengan serta-merta, mendapatkan kaunseling, membuat laporan dengan pertubuhan hak asasi manusia, dan kemudian cuba memelihara keselamatan diri dengan sebaik mungkin. B tidak sepatutnya memberitahu orang yang tidak berkaitan, tidak kiralah sama ada pihak itu menerajui puncak pemerintahan negara pun.
Sebab jika benar ini kes rogol, besar kemungkinan B perlu memberi keterangan di mahkamah, dan dalam banyak kes memang ramai mangsa rogol yang takut dan keberatan untuk berbuat demikian. Malah, pihak media seringkali akan cuba mengorek butir-butir peribadi tentang mangsa rogol — B sepatutnya berwaspada dalam keadaan ini dan mengelak dari membuat kenyataan media dengan sewenang-wenangnya. Deq Non boleh cuba bantu B dalam semua aspek ini.
Tapi Deg Non kata tak mahu bersubahat. Akak pun setuju. Tak payah buang masa dengan kawan-kawan yang drama gitu. Daripada penerangan Deq Non, akak rasa dua-dua pun lebih kurang macam hipokrit. Akak rasa ada isu negara yang jauh lebih penting. Contohnya, baru minggu lepas akak kena ragut depan rumah akak sendiri. Ha, itu baru betul kalau akak kata akak "marah dan takut". Pipi akak berdarah, kaki pula terseliuh, dan sekarang akak kena pakai gigi palsu, Deq Non, sebab gigi betul patah bila akak terjatuh!
Akak pun banyak buat kerja sukarela dekat rumah perlindungan wanita — ha, kalau Deq Non pergi sana barulah Deq Non akan dapat lihat sendiri betapa menyayat hatinya pengalaman orang yang dirogol.
Satu saja benda yang akak bengang dengan Dek Non. Engkau bengap atau apa? Yang kau tiba-tiba nak jadi bintang Hollywood yang glamorexia semata-mata kerana skandal A dan B ini kenapa? Bukankah ini masalah antara A dengan B dan bini/tunang masing-masing?
Akak tahu ramai orang kuat agama yang akan kata mereka ini jijiklah, berdosalah, mesti dihukumlah. Tapi akak tak ada tauliah dalam bidang agama. Yang akak tahu, akak memang lebih berdendam dengan setan yang meragut akak minggu lepas berbanding A dan B. Memanglah, akak kesian dengan anak bini mereka, tapi akak memang tak mahu ambil kisah tentang hal peribadi mereka. Nanti di akhirat, Allah juga yang akan mengadili mereka.
Engkau pula biarlah pakai otak sikit, noh? Jangan mengada sangat tentang A dan B. Malam ini cuba engkau keluar makan dengan kawan-kawan lain. Mana tahu, lepas makan bolehlah kau baca marhaban dengan mereka beramai-ramai.

Salam ikhlas tapi nakal,

Kak Nora
favicon


* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

No comments:

Post a Comment

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger