The MALINDO DEFENCE Daily

Monday, February 8, 2010

Setahun sudah berlalu, Perak masih tak menentu


by Amin Iskandar

FEB 8 — Buat pertama kalinya istilah “Adun Bebas Menyokong Barisan Nasional” diperkenalkan didalam kamus politik Malaysia. Selain daripada itu, krisis politik di Perak juga telah menyebabkan nama Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi sebutan.

Bagi penyokong Pakatan, Nizar dilihat sebagai wira kerana keberaniannya untuk mempertahankan hak rakyat negeri Perak untuk menentukan kepimpinan negeri. Dalam masa yang singkat, Nizar Jamaluddin yang sebelum ini tidak begitu dikenali diangkat menjadi tokoh yang diletakkan sebaris dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nizar juga popular dikalangan penyokong BN dan sering menjadi sebutan dalam penulisan blog penyokong-penyokong BN cuma bezanya dikalangan penyokong BN beliau dikutuk. Nizar dikatakan dikawal oleh pemimpin DAP Perak seperti Ngar Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham.
Krisis di negeri Perak telah menyebabkan ramai pihak terpaksa membuat pendirian bagi memastikan Perlembagaan Negara dihormati. Keputusan menyokong agar DUN Perak dibubarkan agar pilihanraya negeri dijalankan bagi memberikan peluang kepada rakyat di negeri Perak untuk memilih kepimpinan negeri tersebut melangkaui parti politik.

Ahli Parlimen BN bagi kerusi Gua Musang merangkap bekas Menteri Kewangan secara terbuka meminta agar krisis politik di negeri Perak diselesaikan melalui pembubaran DUN.

“I stated at the beginning of this crisis that by our Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means, which is to say, through the ballot box or through a formal vote of confidence in the elected Legislative Assembly. These are the constitutionally mandated means by which the people decide on their government. Any other means of changing the government is unconstitutional and undemocratic, and subverts the basis upon which we are a civilised society”. (Petikan dari artikel yang bertajuk “What is at Stake in the Perak Crisis” dari www.razaleigh.com yang disiarkan pada 12 Mei 2009)

Pada 9 Febuari 2010 ini Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan ini telah lama ditunggu oleh penyokong kedua-dua BN dan Pakatan.

Sebelum ini, pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Pada 12 Mei 2009, belumpun cukup 24 jam keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Nizar sebagai MB Perak yang sah, Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan berikut. Maka Zambry Kadir pun menjadi MB Perak semula sementara menunggu keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman turut menyokong agar DUN Perak dibubarkan dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri agar kuasa dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan siapa yang seharusnya menjadi pemimpin mereka.

Menurut Abu Talib Othman yang juga bekas Peguam Negara didalam sebuah kenyataan yang diedarkan kepada media pada 12 Mei 2009, artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan.(Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government.)

Antara hujah yang digunakan oleh pihak BN untuk mempertahankan rampasan kuasa di Perak ialah Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang memulakan permainan tersebut dengan “Projek 16 Septembernya”.
Akan tetapi, bukankah BN begitu membenci Anwar Ibrahim? Jika benci mengapa diikut apa yang cuba dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu?

Bayangkanlah jika “Projek 16 September” Anwar Ibrahim berjaya, apakah BN boleh menerima keputusan kerajaan mereka tumbang akibat daripada “lompatan” dan bukan pilihanraya? Saya percaya BN dan penyokong tidak boleh menerimanya.  Dalam sebuah survey yang dilakukan oleh Merdeka Center baru-baru ini, 74 peratus mengatakan bahawa mereka mahukan DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula.

Ini menunjukkan bahawa walaupun setahun telah berlalu, rakyat masih belum melupakan peristiwa rampasan kuasa di negeri Perak tersebut. Rakyat mahukan agar kuasa untuk memilih kepimpinan negeri dikembalikan kepada mereka.  Setakat ini, Nizar Jamaluddin dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk membunarkan DUN jika disahkan sebagai MB Perak oleh mahkamah.

Komitmen masih belum ada lagi dari pihak Dr. Zambry Kadir. Zambry tentu hidup dalam keadaan tidak tenang apabila sering dipanggil dengan panggilan “MB Haram”. Sudah tentu Zambry lebih senang hati jika beliau menjadi MB dengan jalan yang dipilih oleh rakyat dan bukannya melalui pintu belakang.

Jika diadakan pilihanraya, masih belum pasti lagi siapa yang akan menang. Kedua-dua Nizar dan Zambry mempunyai peluang.  Dr. Zambry Kadir baru-baru ini mengumumkan bahawa melalui “kajian” yang dilakukan oleh pihaknya, kerajaan pimpinannya menjadi semakin popular. Berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa rakyat Perak semakin menerima kerajaan kepimpinannya, maka wajarlah Zambry membubarkan DUN untuk membuktikan kebenaran kajian tersebut.  Jika Zambry melakukan perkara ini, secara tidak langsung beliau akan dilihat menjayakan kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan kepimpinannya yang berbunyi, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Jika rakyat didahulukan, serahkanlah kembali kuasa mereka untuk memilih. Jika DUN tidak dibubarkan, Perak akan terus berada dalam keadaan tidak menentu. Lebih parah lagi jika rakyat hilang keyakinan terhadap perlembagaan dan demokrasi sepertimana yang dialami oleh Ferdinand Marcos, bekas diktator Filipina. Sebab itu Marcos akhirnya dijatuhkan melalui “People Power”.  Selain daripada itu, Zambry akan dikenang sebagai pemimpin yang sayangkan negeri Perak oleh kerana Pilihanraya Negeri akan memberikan “economic Stimulus Package” kepada negeri-negeri tersebut. Ini sangat diperlukan pada ketika ini dikala ekonomi negara bergerak dalam keadaan yang lembab.  Pilihanraya akan membantu ekonomi penduduk tempatan secara langsung. Hotel-hotel penuh. Rumah tumpangan penuh. Begitu juga dengan rumah-rumah sewa. Tidak lupa juga dengan kedai-kedai makan. Semuanya akan mengaut keuntungan besar di musim pilihanraya.Bayangkanlah, jika di hari biasa “Nasi Ganja” di Jalan Yong Kalsum di Ipoh boleh dijual sebanyak 1000 pinggan, berapa banyakkah yang akan terjual pada musim pilihanraya negeri?




* This article is the personal opinion of the writer or publication. The blog owner does not endorse the view unless specified.

1 comment:

  1. Well... it goes both ways... look at the bright side... this can be look as a unprecedented case... should there be another case in the same instance, we can use this as a reference...

    ReplyDelete

Please do sign in as for anonymous comment will not be publish by owner...thanks...

1Malaysia (9) Abdullah Badawi (1) affair (1) Allah (8) Alliance (1) altantuya (1) alternative (1) Anwar Ibrahim (2) article 153 (5) australia (2) BN (13) boycott (1) british (1) bumi (2) chinese (2) clause 2.2 (3) colonial (1) constitution (10) danby (1) DAP (19) defense (1) discrimination (1) DNA (1) DPMM (1) DSAI (43) DSNR (5) economy (2) education (1) engine (1) F-5E/F (1) Father as cadet At King Edward VIII circa 1964 (1) FDI (1) financial (1) flotilla (3) gaza (1) Gerakan (1) Gobalakrisnana (1) harakah (1) Hulu Selangor (1) Ibrahim Ali (1) IDF (1) IMF (1) interfaith (1) Iraq (1) Islam (4) JJ (1) Johor (1) judge (2) KadirJasin (1) karpal (1) Kelantan (1) ketuanan (1) kiasu (1) KJ (5) Ku Li (1) Law (1) LGE (12) liberal (1) LKS (9) MACC (1) Mahathir (3) malay (22) Malaya (2) Malaysia (2) MCA (4) MCKK (1) meb (1) melayu (4) Mindef (1) MP (2) MPM (3) najib (5) Nasir Safar (1) nazri chief (1) Nazrin (1) NEM (3) NEP (21) nga (1) ngo (3) nik aziz (1) nizar (5) NKRA (2) nurul Izzah (1) nut graph (1) PAP (1) parliament (3) PAS (13) Pemuda (4) Penang (9) Perak (8) perkasa (11) Pete (1) petroleum (1) PKR (22) ponder (1) PR (29) Pulau Pinang (1) races (1) racist (3) reid (2) religion (1) reuters (1) rights (1) RLC (1) rmc (2) RMN (1) RPK (9) russia (1) sabah (1) saddam (1) sarawak (1) SBA (2) Singapore (2) sodomy (15) submarine (1) sukhoi (2) TAR (2) TDM (10) tony pua (1) TRH (1) TSMY (1) UMNO (29) USA (2) Utusan (1) vietnam (1) WMD (1) women (1) Zaid (1) Zambry (2) zulkifli nordin (7)

Search This Blog

Powered By Blogger